Nasihat 10 Usahawan Berjaya Untuk Anda Yang Nak Bina Bisnes

Nasihat 10 Usahawan Berjaya Untuk Anda Yang Nak Bina Bisnes

Apa rahsia usahawan berjaya? Kebanyakan usahawan yang berjaya tahu untuk membuat tindakan dan keputusan yang betul dalam bisnes mereka. 

Walau dalam setandan pisang tak semuanya elok, kita lihat hanya pada sudut pandang yang positif. Usahawan yang positif pasti akan berjaya. 

Sudah tentu tidak semua usahawan yang bejaya sentiasa melakukan perkara yang betul tanpa kesilapan sedangkan kesilapan itu sendiri adalah proses pembelajaran. 

Sebab itu kena berhati-hati dalam membuat keputusan dan jangan berhenti dari berusaha. Usahawan ini pasti akan berjaya sehingga suatu jangka masa yang panjang.

10 nasihat usahawan berjaya

1. Najib Assadok – Momentum Internet

Naik taraf cara berfikir mengikut tujuan yang sebenar. Sebagai contoh, kalau nak dapat RM1 juta pertama, tak bolehlah kita berfikir seperti nak dapatkan RM10,000 atau RM100,000. 

Sama seperti nak ambil SPM, mana boleh belajar seperti nak ambil UPSR. Berfikir sesuai dengan matlamat kita.

2. Rosli Manaf – Homebaker@Clover

Usahawan yang tak berjaya bukan tak berjaya, tapi belum berjaya. Tak ada siapa yang gagal selagi dia berusaha untuk berjaya. 

Orang yang gagal setelah berusaha tak dipanggil gagal tapi belum berjaya. Jangan menyerah! Once you give up, that’s it. You’re done!

3. Alya Mona – King Laksa Sarawak

Abaikan kata-kata yang negatif. Sebagai manusia, kita memang sangat mudah terpedaya dengan kata-kata yang negatif. 

Kalau boleh, awal 2023 ini kita buatlah keputusan yang betul agar kita semua dibimbing dan terdidik.

4. Ustaz Zakaria – Haraki

Dekatkan atau tingkatkan tawakal kita kepada Allah SWT sebab yang mengubah pelanggan itu keluarkan duit dari poket dia, Allah. 

Sebab itu sebagai usahawan kena dekatkan diri kepada Allah. Kita hanya mampu berusaha sahaja. 

Contoh saya jual sesuatu, tapi saya tak boleh nak keluarkan duit dari beg duit pelanggan. Saya hanya boleh perkenalkan tapi Allah yang gerakkan hati pelanggan untuk beli apa yang saya jual. Allah yang berikan lorong kepada kita.

5. Adibah Mazlan – The Raw

Bila kita ada kekuatan kewangan akan bawa kebaikan di dunia dan akhirat. Duit yang kita dapat bukan untuk diri sendiri sahaja. Di dunia sendiri kita dapat bantu ramai orang. 

Contohnya, membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Ini adalah perspektif yang berbeza, bisnes bukan untuk keuntungan di dunia semata-mata, tetapi dunia dan akhirat.

6. Nana Mahazan – Nana Mahazan Beauty

Mulakan perniagaan dengan ilmu. Jangan jadi seperti saya sebab tak belajar awal-awal. Banyak langgar dinding, tak faham, dan tak tahu hala tuju. 

Siapa yang nak mula bisnes, mulalah dengan ilmu. Sebab kita dapat meminimalkan kerugian dan kesalahan.

7. Mohd Khairul Nizam & Siti Suriani – Jamumall.com

Berpegang kuat pada big why untuk tidak berputus asa. Saya percaya tiada halangan yang tidak mampu diatasi jika kita ada sebab yang kuat untuk berjaya. 

Perlu diingat, kehidupan bukan mudah. Sebab itu setiap usahawan yang ingin berjaya dan kekal dalam perusahaan perlu kuat dan berani.

8. Hafizatul Atikah – Obsess Cosmetics

Kalau buat sesuatu, jangan separuh-separuh. Habiskan jika dah bermula. Orang yang berjaya tidak akan berhenti setengah jalan sahaja.

9. Ahmad Akram Anwar – Desa Murni Batik

Ubah attitude diri jadi lebih baik. Dulu saya nak bagun pagi pun susah sebab tidur lewat. Once you change the attitude, semua akan senang. 

Walau susah nak maintain dengan gangguan luar seperti kawan-kawan dan sosial media, saya harap tak jadi pada anak muda lain. Itulah yang saya lalui.

10. IDr Lokman Hakim & IDr Rabiatul Adawiyah – IDW Design & Build

Sebagai orang Islam saya sentiasa pegang pada satu pesanan, jagalah hubungan kita dengan 3 perkara iaitu Allah SWT, ibu bapa dan orang sekeliling. 

Lagi kuat ‘bebel’ kita ini, lagi banyak rezeki Allah bagi dalam bentuk yang tidak disangka-sangka. 

Bila kita jaga hubungan ini, insyaAllah segala usaha akan dipermudahkan dan mendapat keberkatan Allah SWT.

Buat perkara yang betul

Terinspirasi dengan nasihat 10 usahawan yang dah terbukti berjaya dengan hasil jualan jutaan ringgit ini? Anda boleh jadi seperti mereka. 

Yang penting, buat perkara yang betul dalam mengejar kejayaan. Tak tahu bagaimana, dapatkan lah bimbingan daripada mentor usahawan yang terbukti berhasil.

Artikel terbaru

3 Comments

Leave a Reply