5 Cara Keluar Potensi Diri

5 Cara Keluar Potensi Diri

Semua usahawan mahu berjaya. Tak siapa yang memulakan perniagaan mahu menemui kegagalan. 

Nak berjaya, kita mesti keluarkan potensi diri. Ramai sebenarnya tidak mengenali potensi diri mereka dan ada juga yang tercari-cari akan potensi diri mereka sebenarnya. 

Mengenali diri sendiri adalah kunci untuk kita melihat potensi diri. Jom kita baca, 5 cara mengeluarkan potensi diri. 

1.       Kenali suara dalaman

Otak kita mengandungi lebih daripada 100 billion sel. Otak lebih hebat daripada computer direka saintis. Hargai otak kita dan gunakan dengan sempurna.

Saintis mengatakan kebanyakan manusia hanya menggunakan 2 peratus sahaja daripada kehebatan otaknya dan masih banyak ruang yang belum lagi diterokai.

Setiap orang ada keinginan dan suara dalaman sendiri. Cuba dengar kata hati anda apakah yang anda inginkan. Kadang-kadang sebagai manusia kita sering menafikan suara dalaman ini.

Misalnya, ramai yang mengalami masalah low self-esteem dan mengatakan dia tidak sehebat orang lain, orang lain lagi hebat dan dia tidak mampu melakukan sesuatu yang hebat.

Selagi anda memiliki masalah self-esteem ini dan mensabotaj diri sendiri dengan kata-kata negative ini, selagi itulah anda tidak akan dapat mencungkil keupayaan sebenar otak.

Hargai otak anda, apa yang anda fikirkan adalah apa yang akan anda keluarkan.

2.       Ketahui keinginan anda

Setiap daripada kita mempunyai impian, keinginan dan inspirasi sendiri. Sesetengah orang percaya bahawa mencapai impian adalah sukar tetapi kepercayaan ini akan membawa kepada fakta bahawa mereka tidak dapat mencapai apa yang mereka inginkan.

Anda boleh belajar untuk memenuhi impian bermula dengan niat yang betul. Kemudian cuba lakukan apa yang anda ingin lakukan.

Selain itu, fikirkan mengenai apa yang anda mahu dan cuba lakukan apa sahaja yang anda suka.

Kemudian fikir mengenai yang anda tak suka dalam hidup dan apa yang ingin ubah.

3.       Berjaya dengar kata hati

Sangat penting mendengar kata hati anda sendiri. Tanya apa yang anda inginkan dalam hidup.

Adakah anda sudah berpuas hati dengan apa yang dah dicapai atau merasakan mampu bergerak lebih jauh daripada itu?

Tanya dan dapatkan jawapan secara jujur. Misalnya, jika anda tertekan  dengan kemelut kewangan dengan hutang yang banyak tanya diri adakah anda suka dengan keadaan itu? 

Adakah anda ingin keluar daripada masalah kewangan? Jika tidak suka, cari jalan untuk keluar daripadanya. 

4.       Usaha dalam keadaan sedar

Apa beza berusaha dalam keadaan sedar dengan bermimpi? Seperti angan-angan Mat Jenin, hanya bermimpi dan membuat impian tanpa usaha ke arah itu. 

Adakah anda akan mendapat hasilnya? Tidak bukan. 

Jadi adalah sangat penting untuk berusaha dalam keadaan sedar dan bukan bermimpi. 

Apabila anda sedar anda akan membuat perancangan dan mengikut seperti yang sudah tulis dan rangka. 

5.       Jelas destinasi terakhir

 Dalam perniagaan, destinasi atau hasil adalah sangat penting. Perlu jelas apa yang anda inginkan. 

Tulis satu persatu destinasi perniagaan adakah anda mahu ada rangkaian butik, francais makanan, berapa ramai ejen dan stokis, berapa jenis produk akan anda keluarkan, mahu pasaran ke luar negara atau mahu keuntungan RM100 juta setahun. 

Sebagai bangsa usahawan, anda perlu jelas dengan semua ini. 

Apabila anda dah tahu tujuan perniagaan barulah mudah bergerak ke arah apa yang sudah dirancang. 

Artikel terbaru

2 Comments

  • norita

    terima kasih atas perkongsian. agak sedikit keliru juga dalam mencari/keluarkan potensi diri yang mana kadang kala buat diri saya takut perubahan yang saya buat itu lebih kepada nafsu/cemburu🤦‍♀️ melihat kejayaan orang

  • Yusri Ali

    Memang dalam mencari potensi diri akan ada masanya kita terkial-kial memikirkan, apakah kita sudah menjumpainya? Sebab itu peranan seorang pembimbing atau coach sangat2 diperlukan bagi memastikan kita berada di jalan yg betul. Jikapun tersasar sedikit ada seseorang yg boleh dipercayai dapat membimbing kita kembali ke jalan yg sepatutnya kita tempuhi.

    Dalam dunia perniagaan yg sebenarnya perasaan cemburu sangat diperlukan; secara positifnya, perasaan cemburu akan membuat kita berusaha untuk mencapai apa yg orang lain capai namun jika perasaan cemburu digunakan secara negatif, timbullah perasaan iri hati, dengki dan berbagai2 lagi sifat2 mazmumah yg dicela.

    Kesimpulannya terpulang bagaimana kita menggunakannya samada untuk kebaikan atau keburukan. Tepuk dada tanya iman kita masing2.

    Semoga bermanafaat.

Leave a Reply