Bukan Cabaran Tarian Sahaja, 4 Kelebihan TikTok Untuk Perniagaan

Bukan Cabaran Tarian Sahaja, 4 Kelebihan TikTok Untuk Perniagaan

Ada yang masih menganggap TikTok sebagai platform untuk golongan muda membuat cabaran tarian,  tetapi sebenarnya TikTok telah berkembang untuk merangkumi setiap jenis kandungan dan komuniti, membuatkan ia tempat paling sesuai untuk mengembangkan perniagaan dengan memanfaatkan khalayak muda.

TikTok Shop merupakan platform e-dagang yang terbaru untuk bisnes dan pencipta untuk mempamer dan menjual produk terus melalui video in-Feed, LIVE dan tab pameran produk dalam TikTok untuk semua pengguna TikTok Malaysia.

Penyepaduan hiburan dalam perdagangan menjadikannya sebagai Shoppertainment.

Apa yang menarik di TikTok?

1.       Pangkalan Pengguna Aktif yang Besar

Berdasarkan data terkini daripada Business of Apps, kini terdapat kira-kira 1.53 bilion pengguna aktif bulanan aplikasi TikTok.

Rata-rata mereka adalah golongan muda yang membuka TikTok sekurang-kurangnya 8 kali sehari.

Dengan nombor yang cukup hebat ini, tidak hairanlah TikTok Shop boleh menjangkau lebih banyak pasaran sasaran dan bakal pembeli.

Apa yang penting ialah pengiraan harga yang kompetitif, serta katalog yang menarik.

2.       Mudah Meluaskan Pasaran Perniagaan

Dengan bilangan pengguna TikTok yang ramai setiap hari, langkah untuk meluaskan lagi pasaran semakin terbuka luas. Ini sudah tentu boleh meningkatkan perolehan jualan perniagaan anda!

3.        Proses Transaksi Selamat

Di TikTok Shop, kedua-dua pengguna dan penjual boleh membuat transaksi jual beli dengan selamat.

Ini kerana TikTok telah menyediakan penapisnya sendiri untuk meminimumkan penipuan.

Walaupun begitu, anda tetap perlu berhati-hati semasa memasarkan atau membeli produk di mana-mana sahaja!

4.        Tingkatkan Khalayak Kedai

Anda boleh meningkatkan khalayak kedai anda jika menjual di TikTok Shop.

Selagi anda konsisten dalam mencipta kandungan dan terus membangunkan kandungan  menjadi menarik, sebilangan besar pengguna TikTok pasti akan melekat pada akaun anda.

Jangan biarkan kedai anda hanya tempat untuk dilawati sahaja, jom kuasi TikTok! Pelanggan anda sedang berada di platform ini.

Jangan biarkan diri anda ketinggalan dalam arus digital, tak sia-sia anda lakukan perubahan.

Jangan biarkan ego membinasakan perniagaan dan masa depan anda. 

Artikel terbaru

3 Comments

Leave a Reply