Bermula dari zaman belajar, sehingga melangkah ke dunia kerjaya pasti tak lari daripada memberikan pembentangan.
Walaupun terdapat perbezaan dalam setiap cara pembentangan, namun terdapat kemahiran yang anda boleh pelajari dalam meningkatkan keyakinan anda.
Terutama sekali apabila melibatkan pembentangan di khalayak ramai.
Bagaimana nak memberi pembentangan yang hebat?
1. Ringkas dan padat
Sentiasa ingat bahawa lebih ringkas lebih baik, namun padat dengan segala informasi yang diperlukan.
Kebanyakan kekuatan pembentangan terletak pada suara, cara penerangan, bahasa badan anda dan ditambah dengan kekuatan pembentangan itu sendiri.
Sebut perkara-perkara penting di awal dan akhir pembentangan agar penonton ingat mesej penting yang ingin anda sampaikan.
2. Practice make perfect
Setelah menyusun pembentangan anda, buat latihan supaya anda lebih bersedia untuk melontarkan segala hujah.
Minta maklum balas daripada rakan yang boleh dipercayai untuk memberi komen secara jujur tentang visual, suara, bahasa tubuh serta aspek lain dalam pembentangan.
Pastikan anda berlatih membuat pembentangan dan bukannya menghafal ucapan. Jika anda hanya menghafal, anda tidak akan dapat membuang jauh perasaan gugup.
3. Mulakan dengan yakin dan bertenaga
Untuk menarik perhatian orang yang mendengar pembentangan anda, anda perlu mulakan dengan sesuatu yang kuat serta menarik.
Ia mestilah berkaitan dengan mesej utama yang anda ingin sampaikan dan mahu pendengar mengingatinya sehingga ke penghujung pembentangan.
Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk menguatkan lagi pembentangan anda.
- Bertanya soalan
- Mulakan dengan quotes yang menarik
- Berkongsi cerita-cerita yang membawa kepada topik utama
- Sertakan statistik, carta atau imj yang menarik
- Mainkan video ringkas semasa pembentangan
4. Tunjukkan semangat anda
Orang yang mendengar akan lebih tertarik jika anda menunjukkan minat terhadap topik yang anda sampaikan dalam pembentangan.
Anda sampaikan dengan menarik, pendengar akan jadi tertarik.
5. Jadikan orang lain sebagai inspirasi
Carilah seseorang yang hebat untuk anda jadikan sumber inspirasi. Seseorang ini boleh jadi penceramah hebat, majikan, rakan sekerja, ahli keluarga mahupun rakan-rakan.
Sesiapa sahaja boleh dijadikan inspirasi, tapi jangan sampai meniru bulat-bulat cara penyampaian mereka.
Anda perlu ada identiti yang tersendiri untuk orang lebih yakin dengan penyampaian anda.
Kelas secara online dan offline yang dikhususkan untuk meningkatkan kemahiran pembentangan juga banyak.
Anda boleh pilih untuk sertai kelas dengan mentor yang mana sahaja anda minat, yang penting ada proven results.
Jika tak ada masa untuk sertai kelas, terlalu banyak video secara percuma di media sosial dan juga website.
Luangkan masa untuk mengkaji pembentangan lain dan meniru apa yang anda tertarik, namun jangan lupa untuk kekalkan identiti anda.
6. Bahasa badan, mimik muka dan pandangan mata
Walaupun content anda dah cukup power, komunikasi bukan lisan tetap penting untuk bantu menyokong perkongsian anda.
Antara contoh komunikasi bukan lisan adalah seperti berikut.
- Jangan duduk setempat tapi kuasai ruang pembentangan anda.
- Elakkan berselindung di sebalik podium atau meja.
- Eye contact dengan penonton adalah sangat penting untuk mereka tahu anda sedar kewujudan mereka.
- Gunakan mimik muka untuk menyokong cerita anda.
- Berdiri tegak untuk menampakkan anda lebih bersemangat.
7. Gunakan visual
Pembentangan terlalu bosan atau penerangan tidak jelas? Gunakan visual sebagai penyelamat anda.
Visual boleh dikongsikan dalam bentuk carta, gambar, video mahupun lukisan. Dengan visual juga mampu mengubah mood penonton dan pembentangan anda akan jadi lebih menarik lagi.
8. Berinteraksi dengan penonton
Jangan syok sendiri, beri peluang kepada penonton anda bercakap.
Bertanya soalan berkenaan topik pembentangan anda, jemput untuk sertai aktiviti ringkas atau jadikan mereka sebagai contoh.
Dengan ini suasana akan menjadi lebih riang dan penonton anda tidak akan mengantuk dengan pembentangan anda.
9. Suara anda adalah kekuatan anda
Gunakan suara yang kuat, jelas dan lantang. Jika perlu, anda boleh menggunakan mikrofon untuk kedengaran lebih jelas.
Tapi ingat, suara yang terlalu kuat akan mengganggu penonton untuk memberi perhatian.
Pastikan anda uji kekuatan dan keberkesanan mikrofon yang anda nak gunakan.
10. Santai dan nikmati hari anda
Buatkan diri anda selesa terlebih dahulu sebelum memulakan pembentangan dan anda akan selesa menyampaikan informasi kepada penonton.
Selepas pembentangan berakhir, beri ganjaran kepada diri sendiri sesuatu yang anda suka.
Berbanggalah dengan pencapaian anda dan minta maklum balas jujur untuk anda menambah baik pembentangan yang seterusnya.
3 Comments
Walaikumusalam.
Salam Jumaat jugak.
Terima kasih banyak.
Terima kasih atas comment. Semoga dipermudahkan urusan!
Assalammualaikum. Terima kasih àtas perkongsiannya. Sangat bermanfaat pada saya. Semoga sentiasa dipermudahkan urusan…