Betul ke kejayaan hanya dikecapi oleh golongan yang baik-baik sahaja?
Tapi kita selalu nampak, orang yang baik budi pekerti, pendiam, selalu membantu dan macam-macam lagi kebaikan susah nak maju.
Orang pentingkan diri, suka kipas bos dan sebagainya pula yang seolah-olah mendapat semua apa yang mereka inginkan.
Sebenarnya nak berjaya bukan ditentukan oleh anda baik atau tidak, tetapi anda perlu hidup dengan minda yang terbuka dan positif.
Anda mesti memegang kepercayaan bahawa anda benar-benar layak untuk berjaya dan akan memanfaatkan kejayaan anda untuk membantu lebih ramai orang.
1. Kenal pasti apa yang anda mahu
Jangan takut untuk berfikiran besar ketika anda masih belum berjaya. Biarkan diri anda berimpian lebih daripada apa yang anda ada sekarang.
Impian tak salah! Yang salahnya jika anda tak nak usaha untuk merealisasikan impian tersebut.
Hidup ini hanya sekali, buat yang terbaik agar anda tak menyesal kerana tidak mencuba. Kenal pasti apakah kejayaan dan kegagalan terbesar dalam hidup anda dan buat yang lebih baik lagi. Ini adalah kunci untuk mendapatkan kejayaan yang anda inginkan.
2. Percaya pada diri sendiri
Adakah anda nak yang terbaik dalam kerjaya, namun masih lagi mengulangi kesalahan yang sama berulang kali?
Pernah tak anda rasa anda dah buat yang terbaik dan layak untuk mendapat kenaikan gaji atau pangkat, tetapi anda hanya diam memendam perasaan?
Dengan berdiam diri, anda membiarkan kepercayaan terhad menghalang anda dari terus berkembang dalam kerjaya.
Mungkin suatu ketika dahulu anda pernah buat kesilapan, namun itu bukan alasan anda untuk stuck di tempat yang sama.
Percaya pada diri sendiri bahawa anda boleh berjaya dan berhak untuk mendapat peluang yang baru.
3. Sanggup terima perubahan
Jika anda hanya melakukan apa yang anda sudah biasa lakukan, anda hanya akan dapat apa yang biasa anda dapat.
Beberapa perubahan perlu ada untuk anda tingkatkan standard hidup anda. Jika anda yakin tak boleh dapat apa yang anda sepatutnya dapat, jangan tunggu lagi.
Pergi ke tempat yang anda yakin boleh capai matlamat anda dengan jayanya. Jangan biarkan peluang yang ada berlalu begitu sahaja hanya kerana anda masih nak berada di dalam zon yang selesa.
4. Ambil peluang yang ada
Setiap perubahan yang nak dilakukan, pasti ada risiko yang perlu diambil. Belajar untuk mengatasi kebimbangan dan bersedia untuk mengambil peluang di depan mata.
Terima kegagalan dan buat lebih baik lagi adalah lebih baik daripada tumpukan pada kegagalan dan ratapinya tanpa buat apa-apa tindakan untuk ubah menjadi sesuatu yang lebih baik.
Atasi ketakutan anda supaya anda dapat bangkit apabila gagal. Walaupun gagal, anda akan pelajari suatu pengalaman yang sangat berharga.
5. Bina keyakinan diri
Keluar dari zon selesa anda secara semula jadi akan membina keyakinan diri anda kerana otak sedang mengalami senario baharu dan mencipta laluan saraf baharu.
Orang yang yakin dengan diri sendiri tidak akan merasa bahawa diri mereka tidak cukup baik atau layak untuk berjaya, malah mereka mengambil risiko dan mempunyai kepercayaan yang mendalam dan tidak dapat dihalang dalam diri mereka sendiri.
Apabila anda menjalani kehidupan dengan yakin, anda akan lebih mudah untuk mendapat apa yang anda inginkan secara semula jadi.
6. Jangan berputus asa
Adakah orang yang berjaya hari ini terus berjaya tanpa kegagalan di dalam hidup mereka? Adakah mereka terlalu sempurna sehingga tidak pernah gagal?
Semua orang mempunyai sebab kenapa mereka nak berjaya dan sebab inilah menjadi kekuatan mereka untuk kejar kejayaan.
Jika anda inginkan sesuatu, usaha sehingga berjaya. Jangan sesekali berhenti separuh jalan kerana anda tak tahu jika garisan penamat anda hanya beberapa langkah sahaja di hadapan tempat anda berhenti.
2 Comments
Terima kasih Richworks kerana sentiasa memberi ilmu-ilmu yang bermanfaat setiap hari,
Rutin setiap hari saya akan buka email sebelum saya melakukan kerja hakiki saya, Setiap hari saya akan pastikan datang awal ke tempat kerja paling tidak sejam awal. sekurang-kurangnya pukul 7pg saya dah terpacak di depan pintu pagar.
Saya amat bersyukur kerana Richworks tidak pernah putus-putus memberi pesanan, share ilmu, situasi semasa, semenjak saya mengenali Richworks dari tahun 2022 Richworks sentiasa konsisten dan tidak pernah kenal jemu, bosan hantar email, pesanan dan pelbagai lagi info kepada prospeknya. Inilah yang menjadi sumber inspirasi saya, ini lah guru yang saya cari-cari.
Maaf panjang lebar saya bercerita. Sebelum ini saya tek terfikir nak berkongsi pengalaman saya, tetapi hari ini saya berkongsi sedikit learning point yang saya perolehi.
1. Jangan pernah ada rasa putus asa, buat dan buat lagi.
2. Tidak semestinya bila telah berjaya kena stop di situ, sebaliknya kena lipat gandakan lagi usaha untuk mencapai kejayaan sebenar
Alhamdulillah, terbaik Puan Norlaila! Kami turut gembira dan bangga dengan tindakan luar biasa puan. Terima kasih atas perkongsian yang penuh inspirasi. Semoga dipermudahkan urusan!