Cara Membina ‘Connections’ Dengan Orang Lain

Cara Membina ‘Connections’ Dengan Orang Lain

Dalam bisnes, membina perhubungan dengan orang lain adalah sangat penting untuk berjaya

Namun, nak membina perhubungan sesama manusia bukanlah semudah membaca ABC. 

Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai pengalaman kepercayaan yang pernah dikhianati.

Jom ketahui 5 cara anda boleh membentuk hubungan dengan mudah dan membina asas perhubungan yang lebih mendalam.

  1. Cuba masuk dengan cara orang lain

Orang akan lebih mudah tertarik jika kita boleh masuk dengan cara yang mereka bawakan. 

Tapi bukanlah bermaksud anda perlu berubah menjadi orang lain, tapi ambil perkara yang positif sahaja.

Contohnya jika energy mereka tinggi, naikkan energy anda agar sepadan dengan energy mereka. 

Tapi jika energy mereka rendah, tunjukkan bahawa mereka juga mampu untuk menaikkan energy

Jaga intonasi suara agar anda tidak nampak seperti nak mengawal perbualan atau terlalu sukar untuk didekati. 

Pastikan juga anda tak membuat riak muka yang memberi ketidakselesaan kepada orang lain seperti riak mencebik, mengejek dan sebagainya.

Nampak remeh, tapi dengan mengawal perkara-perkara ini akan membuatkan orang lain selesa. 

Ini akan membuatkan orang lain memberi tanggapan positif tentang anda dan anda sendiri akan mempunyai tanggapan positif yang berkekalan terhadap mereka.

2. Tunjukkan bahawa anda iklas mengambil berat tentang mereka

Cara untuk membina perhubungan selalunya bermula dengan ambil berat tentang mereka untuk menunjukkan keikhlasan anda. 

Anda perlu lebih sensitif terhadap perkara-perkara yang mereka gemar dan tidak. Tanyakan soalan-soalan yang bernas ketika sedang berbual. 

Tak kira betapa berbeza nya anda, pasti anda akan berjumpa dengan titik persamaan. 

Daripada asyik fokus tentang diri sendiri, tumpukan perhatian sepenuhnya pada mereka dan tunjukkan empati terhadap perasaan mereka. 

3. Buat mereka rasa selesa

Tak tahu bagaimana nak buat orang rasa selesa? Mulakan dengan memberi perhatian kepada mereka dan buat mereka melihat bahawa mereka penting. 

Jika mereka meminta atau memberi pandangan, dengarkan apa yang ingin mereka sampaikan dengan baik. 

Beri pujian jika perlu, tapi jangan melebih-lebih sehingga menimbulkan ketidakselesaan. 

Pilih kata-kata yang baik dalam perbualan. Mereka akan merasa penting dan dihargai. Ini akan menguatkan lagi perhubungan.

4. Mencari persamaan

Jika nak meningkatkan peluang yang lebih tinggi untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain, anda perlu mencari persamaan sewaktu berkomunikasi

Walaupun agak mustahil untuk mencapai kata sepakat dalam segala hal, sekurang-kurangnya ada persamaan yang ditemui dan boleh dijadikan bahan bualan yang bermakna. 

Jika tidak bersetuju dengan sesuatu, hormati setiap pendapat dan tukar ke topik lain agar tak menimbulkan konflik yang besar.

5. Bahasa tubuh memainkan peranan

Ramai orang peka dengan gerak tubuh dan boleh baca niat sebenar orang yang mereka sedang berinteraksi. 

Sewaktu berkomunikasi, dari pandangan mata, fokus melihat telefon atau memberi tanda lain yang anda tidak berminat, anda akan memberi kesan yang kurang selesa. 

Perkara ini akan jadi lebih mudah jika anda menumpukan perhatian anda pada perkara yang mereka sedang luahkan. 

Jika anda perlu meletakkan tumpuan anda di tempat lain, minta maaf dan terangkan perkara yang anda lakukan, kemudian tetapkan semula fokus anda.

Nak membina hubungan yang baik, anda perlu sentiasa bersedia untuk berjaya. 

Jika anda usahawan yang nak membina hubungan dengan usahawan lain, fahami perniagaan mereka terlebih dahulu. 

Jika anda nak membina hubungan dengan pelanggan anda, fahami kehendak mereka dahulu. 

Ini akan memudahkan anda dalam mencari topik perbualan.

Artikel terbaru

3 Comments

  • Ade Rosmawati

    I world like this later,I’am so happy this morning read this email from Rice Work, I’am to thank you for Datuk Wira.

    Salam sukses dan berjaya

    Hormat saya,
    Ade Rosmawati

  • Robiyah Yakar

    Saya berasa sangat gembira membaca artikel yang dikongsikan oleh pihak Rich Work. Banyak ilmu yang saya dapat, salah satunya ialah membina hubungan yang baik dan kerjasama dengan orang sekeliling. Berkawan dengan orang positif memberi kesan yang positif kepada diri juga.
    Terima kasih Rich Work kerana sentiasa memberi ilmu-ilmu yang baik.

    • Team RichWorks

      Terbaik! Terima kasih atas feedback puan. Kami juga gembira kerana dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan pada puan dan lebih ramai orang. Semoga sentiasa bermanfaat!

Leave a Reply