Jenama-jenama milik penyanyi terkemuka, Rihanna, memanfaatkan sepenuhnya peluang sewaktu penyanyi tersebut mengadakan persembahan ketika separuh masa acara Super Bowl.
Daripada barangan edisi terhad hinggalah ke iklan bertemakan acara tersebut, semua telah disapunya dan mereka langsung tidak mensia-siakan peluang itu!
Penyanyi yang juga pemenang Anugerah Grammy berusia 34 tahun itu tidak membuang masa sejak dia diumumkan sebagai penghibur untuk Super Bowl LVII.
Jenama fesyen dan kecantikan miliknya termasuklah Savage X Fenty, Fenty Beauty dan Fenty Skin semuanya telah mengkonfigurasi semula laman mereka untuk menampilkan slot istimewa iaitu ‘Game Day’ sebagai teaser kepada persembahan yang telah berlangsung pada hari itu.
Kempen ini diperluaskan ke halaman media sosial jenama-jenama tersebut untuk mempromosikan produk yang telah wujud dan item baharu yang berkait dengan acara sukan tersebut.
Kerana keberkesanan strategi pemasaran ini, pasukan Fenty menerima pujian yang bertalu-talu daripada warganet.
“Siapa yang berada di belakang pemasaran Fenty adalah seorang genius,” tulis seorang pengguna di Instagram.
“Wow, pasukan grafik pastinya berusaha lebih untuk pelancaran ini! ” komen lain dibaca.
Jenama pakaian dalam dan pakaian santai milik bintang pop itu, Savage X Fenty juga mengambil peluang untuk memanfaatkan penampilan penyanyi tersebut di Super Bowl dengan memperkenalkan jersi dan pakaian ‘Team Fenty’.
Menurut Instagram rasmi jenama itu, peminat boleh mengunjungi kedai Fenty di Phoenix sehingga tempoh tertentu untuk membeli barangan “hiper-eksklusif” dan produk kecantikan edisi terhad.
Pada bulan September, telah diumumkan bahawa Rihanna akan menjadi bintang utama sewaktu persembahan separuh masa Super Bowl selepas penyanyi itu menolak jemputan pada tahun 2019.
Hampir tujuh tahun sejak pengeluaran album terakhirnya, ‘Anti’, Rihanna yang sedang berbadan dua itu telah memberi lebih tumpuan kepada diri, perniagaan dan keluarga termasuklah anaknya yang dilahirkan pada Mac tahun lalu.
Persembahannya yang telah dijayakannya itu mendapat liputan hangat daripada media antarabangsa kerana telah menampilkan sebuah persembahan ikonik yang pasti akan diingati sampai bila-bila terutama sekali dalam acara Super Bowl.