Anda minat jam tangan jenama Rolex? Walau bukan pilihan anda, jenama jam tangan itu tidak asing lagi.
Jam tangan yang diasaskan pada tahun 1905 oleh Hans Wildorf ini sentiasa berada dalam barisan jam tangan mewah.
Rolex mula menyerlah apabila memperkenalkan jam tangan kalis air pada tahun 1926. Pada masa itu, tidak ada syarikat yang mengeluarkan jam tangan kalis air, jadi Rolex dapat memonopoli pasaran.
Sesuai dengan kemewahan dan gaya yang dipromosikan oleh Rolex, jam tangan ini pernah dijual pada harga $17.8 juta, iaitu Rolex Daytona oleh Paul Newman.
Dengan harga yang mahal, bagaimana Rolex boleh mengekalkan jenama mereka di pasaran?
Jadi, bagaimana syarikat jam tangan ini menjenamakan dirinya sebagai jam tangan yang mahal? Dan bagaimana Rolex boleh menyasarkan pasarannya sendiri?
1. Keperluan pasaran
Kejayaan memasarkan sesuatu produk terletak pada kejayaannya dalam mengenal pasti keperluan pasaran.
Pada tahun 1900-an tidak ramai yang memakai jam tangan, kebanyakannya jam tangan poket. Sekitar tahun itu, jam tangan sangat mudah rosak jika terkena air dan habuk.
Kemudian, Rolex membuat satu kejayaan dengan mencipta jam tangan kalis air.
Bagi memperkenalkan ciri terbaru ini, Rolex mengambil perenang dari England, Mercedes Gleitze. Perenang ini berjaya menyeberangi Selat Inggeris dengan memakai jam tangan Rolex.
Hasilnya, jenama Rolex muncul di muka depan Daily Mail.
2. Pengesahan
Selepas kejayaan itu, Rolex sering melakukan promosi dengan kaedah tersebut atau dipanggil pengesahan (endorsements).
Pada tahun 1930-an, Rolex bekerjasama dengan pendaki Gunung Everest. Sekali lagi, Rolex menunjukkan kepada dunia bahawa produknya boleh menahan cuaca yang melampau.
3. Rakan kongsi dan penaja
Rolex turut bekerjasama dengan individu terkenal dan menaja acara yang berkaitan dengan pasaran sasaran, menjadikan Rolex berjaya mendapatkan pasarannya.
Sean Connery bintang filem James Bond dari 1962 hingga 1982 memainkan peranan dalam jenama Rolex. Semua filem 007 yang dibintanginya menggunakan jam tangan Rolex.
Sean dikehendaki melakukan pelbagai aktiviti seperti berenang, berlawan dan memanjat bangunan. Secara tidak langsung, Rolex menunjukkan kualitinya kepada dunia.
Menjadi rakan kongsi dan penaja dalam aktiviti seperti eksplorasi laut dalam, golf, formula-1, kejohanan tenis, lumba kuda, acara seni dan budaya, telah memperoleh pengiktirafan jenama Rolex untuk kualiti, kemewahan, eksklusif, kebanggaan dan prestij.
2 Comments
terima kasih untuk ilmu ini
Terbaik! Sama-sama. Semoga bermanfaat!