Menjadi usahawan sememangnya banyak dugaannya dan kesukaran sebenar yang akan anda hadapi adalah mustahil untuk diramalkan, tetapi tiga cabaran ini mungkin melanda anda sewaktu sedang dalam perjalanan bagi menjadi usahawan berjaya.
Cabaran untuk memulakan perniagaan sudah diketahui umum. Anda tidak akan berada di sini jika anda tidak tertanya-tanya apa yang anda lakukan semasa anda mempertimbangkan untuk melancarkan aplikasi seterusnya atau memperkenalkan minuman baharu.
Isu keusahawanan adalah banyak dan pelbagai. Ia tidak seperti mana-mana yang anda akan temui sebagai pekerja di alam pekerjaan.
Oleh itu, adalah penting untuk anda kaji dahulu mengenai cabaran usahawan sebelum memulakan perniagaan supaya anda dapat mengelak daripada membuat kesilapan yang biasa dilakukan oleh beginner.
Sama ada anda memulakannya secara berseorangan, infopreneurship atau cuba menjadi Steve Jobs seterusnya, anda pastinya akan menghadapi sebarang kesukaran sepanjang perjalanan menjadi usahawan ini.
Jika anda telah memutuskan untuk bekerja untuk diri sendiri, berikut ialah 3 masalah keusahawanan yang hampir pasti anda hadapi dan cara untuk menangani dengan sebaiknya.
1. Memutuskan apa yang hendak dijual
Mungkin cabaran terbesar keusahawanan ialah memikirkan jenis produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan. Ia bukan satu soalan yang mudah kerana tersalah langkah bermakna perniagaan anda akan gagal tidak kira betapa baiknya reka bentuk dan persediaannya.
Usahawan mesti memahami pelanggan yang berpotensi membeli produk mereka, pasaran apa yang mereka ingin terokai, rupa persaingan, apa yang mereka boleh tawarkan untuk memberikan kelebihan daya saing kepada diri mereka dan pelbagai isu lain.
Bagaimana untuk mengatasinya: Menilai diri dan menyelidik
Hanya ada satu cara untuk menangani cabaran ini: penyelidikan yang terperinci. Anda mesti menghasilkan pelan perniagaan terperinci yang boleh anda pertahankan kepada mana-mana pelabur atau rakan kongsi yang berpotensi.
Penyelidikan yang dilakukan harus menunjukkan pasaran sasaran anda dengan terperinci dan menawarkan rancangan yang realistik tentang cara anda menjana keuntungan dan bukan ramalan yang hanya sekadar menjadi harapan.
Anda juga perlu menilai diri sendiri untuk menentukan sama ada anda mempunyai tenaga untuk meneruskan idea ini untuk membuahkan hasil dan kemahiran serta kekuatan yang sesuai untuk pekerjaan itu.
2. Pemasaran
Menurut sifu jualan, Grant Cardone, jika orang tidak mengenali anda, mereka tidak boleh membeli daripada anda. Bukannya tidak akan membeli daripada anda tetapi tidak boleh membeli daripada anda.
Pemasaran yang betul dapat memperkenalkan anda dan jenama kepada pelanggan supaya mereka boleh mempertimbangkan untuk membeli produk dan perkhidmatan anda.
Tetapi pemasaran adalah salah satu cabaran untuk usahawan kerana sering kali mereka kekurangan wang tunai, dan membina jenama melalui pemasaran boleh menjadi mahal tanpa faedah segera pada awalnya.
Anda perlu memutuskan cara untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda — pilih daripada mudah alih, media sosial atau cetakan dan tentukan sama ada bijak untuk bekerjasama dengan agensi luar.
Bagaimana untuk mengatasinya: Uji dan periksa
Apabila anda memulakannya, anda mesti memikirkan di mana wang pemasaran anda akan mendapat keuntungan yang paling banyak. Mulakan dari kecil dengan platform media sosial yang percuma dan cuba beberapa pendekatan yang berbeza.
Pertimbangkan pendekatan yang luas dan lebih berintensif modal berdasarkan beberapa hasil yang anda lihat. Sentiasa mulakan dengan usaha pemasaran yang kecil dan kumpulkan sebanyak mungkin data dan metrik perniagaan mengenai pelbagai pendekatan sebelum melakukan dengan sepenuhnya.
3. Isu keyakinan diri
Menjadi seorang usahawan memang nampak menyeronokkan dan mengujakan, dan kadang kala realitinya sebegitu.
Tetapi, kebanyakan masa terutama sekali pada awalnya anda mungkin selalu terpaksa melawan keraguan diri. Adakah anda mempunyai keyakinan yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan? Adakah anda mampu menghilangkan perasaan sindrom penipu?
Melainkan anda mempunyai keyakinan yang tinggi dan mempunyai semangat untuk melawan kesusahan kerana di suatu masa nanti, anda akan menghadapi halangan besar yang tidak dapat anda jangkakan.
Di saat itu, anda akan bergelut dengan cabaran dunia keusahawanan dan berkemungkinan akan berputus asa lalu berhenti melakukannya.
Cara mengatasinya: Percaya pada kemahiran dan visi anda
Satu cara untuk menangani sindrom penipu adalah untuk mengingatkan diri anda bahawa walaupun anda gagal, itu tidak pernah benar.
Anda mempunyai kemahiran yang berharga dan kegigihan serta kerja keras anda adalah mengagumkan dan ia merupakan sebuah perkara yang kebanyakan orang tidak cukup berani untuk mencuba.
Dapatkan sokongan dan nasihat daripada usahawan lain untuk membantu anda melalui fasa yang sukar. Jangan buang sepenuhnya perasaan ragu-ragu. Kadangkala ia membuka mata anda kepada masalah yang perlu anda selesaikan. Jadi, jujurlah dengan diri sendiri dan bersedia untuk belajar daripada halangan yang mendatang.