Nak Gaji Tahan Lama? Ini 5 Tip Elak ‘Kering Poket’

Nak gaji tahan lama? Ini 5 tip elak ‘kering poket’

Baru awal bulan dah ‘kering poket’? Mungkin ramai yang mengeluh macam ni.

Bukan tak mahu menyimpan, tetapi harga barang semakin mahal, gaji pula tak menepati piawaian kewangan yang diperlukan.

Suka tak suka kena ‘catu diri’ sepanjang masa sementara pendapatan meningkat. Tetapi itu bukan tiket untuk tidak mengekalkan disiplin kewangan.

Jadi bagaimana nak gaji bertahan lama?

1.   Bayar komitmen

Jangan berani-berani bersuka ria selagai belum bayar segala komitmen anda.

Selesaikan bayaran rumah, kereta, dan segala bil-bil bulanan dahulu sejurus sahaja dapat gaji.

Tak perlu tunggu waktu yang telah ditetapkan. Habiskan semua dahulu disitu!

2. Kawal penggunaan kad

Ini antara ujian paling besar sebab sekarang dah boleh paywave!

Mungkin anda boleh membawa jumlah tertentu elak terlebih belanja.

3. Jangan terjerat dengan kad kredit

Kad kredit adalah antara kemudahan pinjaman yang paling mudah diperolehi sehingga ramai antara kita yang menganggapnya sebagai pengganti tunai, bukannya hutang.

Kesilapan tanggapan terhadap kad kredit menyebabkan ada yang terjerumus ke lembah muflis kerana menggunakannya tanpa memahami terma dan syarat.

Kita kena tahu terma dan syarat, contohnya kadar faedah serta denda lewat bayar apabila melebihi penggunaan.

4. Menabung

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Walau anda hanya menyimpan duit syiling. Tetap ada faedahnya.

Asal daripada jumlah simpanan yang kecil, melihat hasilnya mungkin buat kita menyimpan dalam jumlah lebih besar.

5. ‘Beranakkan’ duit

Elak mudah ‘kebocoran wang’, anda boleh melabur pada emas. Anda boleh beli bar emas pada jumlah yang mampu seperti 0.5 gram atau 1 gram. Harga segram emas akan meningkat.

Anda boleh cari maklumat mengenai pelaburan emas.

Selain itu, anda cari pendapatan sampingan seperti berniaga kecil-kecilan untuk menambahkan lagi jumlah pendapatan.

Jika hasil perniagaan lebih besar berbanding pendapatan sedia ada, kenapa tidak teruskan sahaja berniaga. Sendiri jadi bos! Anda pula menggajikan pekerja.

Nak berjaya dalam perniagaan boleh cari MenThor yang ada proven results.

Artikel terbaru

2 Comments

  • rose

    saya dah 3 minggu tak kerja..krn baru diberhentikan kerja tanpa sebab dari syarikat d___ m____ b____ sukar untuk saya membayar sewa rumah..membeli barang keperluan dapur.. membayar hutang..dan penggunaan bil air dan elektrik.

Leave a Reply