Dunia pemasaran kini tidak lagi sama seperti tahun-tahun sebelumnya, transformasi pemasaran berlaku mengubah wajah pemasaran masa hadapan.
Untuk membantu anda mencipta paradigma pemasaran baharu ini, Presiden Marketri LLC, Debra Andrews mengenal pasti lima tonggak utama kepada strategi transformasi pemasaran berjaya yang harus diikuti oleh setiap perniagaan.
Melaksanakan langkah-langkah ini secara berturut-turut akan membantu syarikat anda membuka potensi penuhnya serta meletakkan asas untuk pertumbuhan dan kejayaan masa depan.
1. Merumuskan Strategi yang Betul
Sebagai pemilik perniagaan, anda perlu memastikan bahawa pasukan kepimpinan anda termasuk perwakilan peringkat eksekutif daripada pemasaran, mempunyai akses mendalam kepada data jualan, operasi, kewangan dan pasaran.
Pada tahap yang tinggi, pemasaran harus berfungsi sebagai pemacu pertumbuhan untuk produk dan perkhidmatan syarikat.
Ketua Pegawai Pemasaran harus bekerjasama rapat dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan, Ketua Pegawai Operasi dan eksekutif peringkat kanan syarikat.
2. Membina Pasukan yang Tepat
Untuk memastikan anda mempunyai strategi yang baik untuk membimbing organisasi pemasaran anda memerlukan kepimpinan.
Dan itu biasanya datang dalam bentuk Ketua Pegawai Pemasaran berpengalaman untuk memimpin dan mengumpulkan pasukan pakar bekerja bagi pihak anda.
Bagi kebanyakan perniagaan, bakat akan menjadi salah satu aspek pemasaran yang paling mahal pada masa hadapan.
Jadi adalah penting untuk memikirkan secara mendalam dan kritis tentang disiplin dan set kemahiran diperlukan oleh syarikat.
3. Menggunakan Teknologi
Sebaik sahaja mempunyai pasukan, anda boleh mula memikirkan cara memperkasakan individu dengan alatan dan teknologi yang mereka perlukan untuk melaksanakan tugas secara optimum.
Pemasaran berubah dengan pantas, contohnya anda mempunyai platform automasi pemasaran yang mantap untuk menghapuskan tugas yang berulang.
Team anda perlu tahu cara menggunakannya. Itu mungkin memerlukan latihan.
4. Wujudkan Amalan Terbaik
Setiap syarikat harus memantau dengan teliti operasi pemasaran mereka dan mencipta amalan terbaik.
Melakukan dokumentasi dan pemantauan dari semasa ke semasa merentas pelbagai projek yang dijalankan.
Hakikatnya, program pemasaran selalunya mengikut corak kitaran di mana acara industri, promosi bermusim dan pelancaran produk berlaku pada masa yang sama setiap tahun.
Sehubungan itu, anda mungkin melaksanakan kempen yang sama pada asas tahunan secara berjadual.
5. Mengoptimumkan Prestasi
Tunjang kelima strategi transformasi pemasaran yang berjaya ialah pengoptimuman prestasi.
Salah satu kesilapan terbesar yang kita lihat dalam cara pemasaran beroperasi ialah mereka terus melakukan perkara yang sama berulang kali tanpa menilai tahap keberkesanan kaedah tersebut.
Untuk cemerlang dan mengatasi prestasi, terutamanya dalam pasaran yang sangat kompetitif, pasukan pemasaran mesti memahami pada tahap yang terperinci dan boleh diukur.
Antara perkara perlu diambil perhatian bagaimana setiap komponen, kempen dan inisiatif berfungsi, bagaimana untuk menjadikan strategi dan inisiatif berprestasi lebih baik dan amalan mana yang tidak berfungsi serta perlu dihapuskan.
Mari kita sama-sama periksa semula pemasaran yang telah dijalankan? Adakah cukup efektif kepada perniagaan dan apa pula yang perlu ditambah baik serta memerlukan transformasi.