Di United Kingdom, ramai pembeli dilaporkan menyerbu Marks and Spencer (M&S) untuk mendapatkan jumper Krismas berharga £29 yang dikatakan boleh dipadankan dengan setiap jenis pakaian.
Jumper itu telah menjadi tular di kalangan pembeli. Ramai yang menyifatkannya sebagai comel, cantik dan ‘meriah’ kerana bersesuaian dengan perayaan Krismas yang bakal tiba tak lama lagi.
Jumper ini telah mendapat perhatian kerana tekstur fabriknya yang lembut hingga membuatkan orang ramai tergila-gilakannya.
Sangat popular di kalangan pelanggan (M&S), jumper Krismas itu telah mendapat pelbagai ulasan lima bintang di atas talian.
Ia mungkin kelihatan ringkas, namun ramai yang bersetuju bahawa ia merupakan gaya yang sesuai untuk musim ini.
Ia boleh dipadankan dengan sepasang kasut tumit dan seluar labuci popular M&S ataupun bersama dengan seluar jeans dan but chunky yang sememangnya sesuai digayakan pada waktu Krismas nanti.
Lengkap dengan snug roll neck yang bergaya lagi selesa, ia boleh didapati dalam saiz XS hingga XL.
Popular di laman web M&S, ramai pembeli yang mengatakan bahawa mereka obses dengan jumper ini dan menyukai gaya serta warnanya selain kainnya yang sangat lembut dan mudah dicuci.-
Hebat sungguh penangan jumper M&S ini hinggakan masyarakat di sana tidak mahu terlepas mendapatkannya. Adakah kita bakal menyaksikan trend pemakaian jumper di hari Krimas nanti? Sama-sama kita nantikan.