Cara Orang Berjaya Bina Empayar Ikonik

Cara Orang Berjaya Bina Empayar Ikonik

Tahukah anda bahawa personal branding ataupun jenama peribadi mampu memacu kejayaan anda ke tahap yang tidak disangka?

Individu seperti Elon Musk, Oprah Winfrey, Richard Branson dan Arianna Huffington telah membuktikan bahawa pemimpin berwawasan dengan jenama peribadi yang unik dan dikenali ramai mempunyai kuasa untuk membentuk dunia kita pada hari ini.

Pengaruh mereka ini begitu besar sehingga merangkumi pelbagai aspek seperti tawaran menulis buku, peluang menjadi speaker, membintangi rancangan realiti televisyen dan lain-lain lagi.

Mereka benar-benar perintis besar yang mempunyai empayar ikonik dan mencipta perubahan luar biasa, legasi transformatif serta kekayaan yang melimpah. Bak kata orang, tujuh keturunan pun tidak akan habis.

Empayar ikonik ialah perniagaan yang mencipta aliran kekayaan yang pelbagai untuk pengasas yang berwawasan.

Mereka yang berwawasan ini tidak menumpukan seluruh tenaga mereka kepada satu syarikat atau model sebaliknya memanfaatkan idea mereka merentasi pelbagai platform.

Sebagai contoh, pasangan selebriti terkenal barat iaitu Chip dan Joanna Gaines yang mempunyai rangkaian televisyen mereka sendiri, beberapa buku terlaris, produk sendiri melalui perkongsian dengan Target, beberapa firma pelaburan hartanah serta destinasi membeli-belah, makanan dan pelancongan dengan Pasar Magnolia di Silos di Waco, Texas.

Empayar ikonik sebegini bukanlah sesuatu yang dirancang begitu sahaja secara suka-suka oleh orang ternama sebaliknya ia merupakan sebuah strategi yang terancang. 

Jika mahu jadi seperti mereka, berikut ialah tiga cara yang anda boleh mula lakukan bagi mencipta empayar ikonik anda sendiri.

1. Miliki industri anda sendiri

Sebelum anda berfikir mahu lakukan pelbagai perkara untuk mencipta kekayaan, anda perlu pamerkan dahulu versi diri anda yang terbaik dalam perkara yang anda mahir.

Percayalah dengan keupayaan yang ada pada diri dan kemudian bersedialah untuk menonjol di  khalayak ramai contohnya seperti membuat live di laman sosial. Yakin dengan keunikan diri kerana saingan terbesar anda adalah diri anda sendiri.

2. Buat pelan kepelbagaian

 Sebaik sahaja anda menguasai sesebuah industri, anda boleh pertimbangkan pula cara seterusnya untuk mendapatkan pelbagai aliran kekayaan. Selain perniagaan utama anda, apakah yang mungkin anda lakukan untuk berkongsi idea dan bakat anda dengan orang lain? 

Apakah format dan model perniagaan yang masuk akal? Jangan paksa diri anda untuk memasuki pasaran atau menggunakan strategi yang rumit. Tidak perlu bertindak terlalu jauh di luar ‘zon genius’ dan carilah idea yang bertepatan dengan diri anda.

3. Bina dunia ‘magika’

Bukanlah dunia dongeng ataupun khayalan sebaliknya anda boleh membina tempat di mana peminat terbesar boleh berinteraksi dengan anda. Bina dunia di mana pelanggan dan bakal pelanggan anda akan berkumpul sambil berkongsi pengalaman mereka.

Selain itu, kita juga mahukan pelanggan merasai perubahan yang drastik apabila memasuki tempat tersebut. Ia seharusnya membuatkan mereka berasa tenang dan meninggalkan segala masalah yang ada di minda.

Sebenarnya, anda boleh membina ‘dunia ajaib’ itu sekarang juga dengan cara yang sangat mudah iaitu dengan membuat group di Facebook. Walaupun hanya di sosial media, namun ia akan menjadi sebuah komuniti yang sangat besar apabila perniagaan anda berkembang suatu hari nanti.

Artikel terbaru

Leave a Reply