Ada pengasas yang berdepan dengan masalah kepimpinan.
Tak tahu atau cara tak kena nak uruskan pekerja dan pasukan. Natijahnya, seorang demi seorang meninggalkan anda.
Jom kita pelajari sesuatu daripada Colin Powell.
Powell (5 April 1937 – 18 Oktober 2021) ialah jeneral tentera dan ahli politik Amerika yang berkhidmat sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-65 dari 20 Januari 2001 hingga 26 Januari 2005.
Beliau merupakan orang Afrika Amerika pertama yang berpangkat tinggi dalam sejarah pentadbiran Amerika Syarikat
Powell adalah seorang pemimpin yang sederhana dan tahu bagaimana untuk membina kekuatan individu serta pasukan yang bersatu.
Mari kita singkap apa yang ada dalam tulisannya It Worked for Me: In Life and Leadership.
Berikut adalah 10 nasihat Colin Powell dalam kepimpinan.
1. Cara terbaik untuk membuat pasukan menang adalah dengan melatih mereka. Beri mereka keperluan untuk menyelesaikan pekerjaan atau tugas tersebut.
Pastikan mereka tahu apa pekerjaan yang mereka lakukan. Jadi, anda adalah penghubung antara strategi dan sumber daya.
2. Pemimpin yang baik harus tahu cara memberi penghargaan kepada pekerja yang berdedikasi dan mencapai matlamat yang ditetapkan selain memecat staf yang tidak efektif.
3. Tidak seorang pun daripada kita yang dapat mengubah masa lalu, tetapi kita semua dapat mengubah hari esok.
4. Perlakukan orang dengan baik. Tunjukkan kebaikan dan pertimbangan, menghargai dan senang bersama pasukan anda.
5. Jika anda ingin mencapai keunggulan dalam hal-hal besar, anda perlu mengembangkan kebiasaan dalam hal-hal kecil.
6. Saya selalu berusaha melakukan pekerjaan saya sehingga orang lain memberi sudut pandang yang berbeza.
7. Kepemimpinan adalah penyelesai masalah.
8. Anda tidak tahu apa yang anda boleh lakukan sehingga mencubanya.
9. Perang harus menjadi politik pilihan terakhir. Dan ketika kita pergi berperang, kita harus memiliki tujuan yang dipahami dan didukung oleh rakyat.
10. Jangan pernah mengabaikan detail. Ketika fikiran semua orang terganggu, pemimpin harus waspada dan berfikir dua kali ganda lebih lagi.
Beberapa perkongsian ilmu kepimpinan Powell ini mungkin sesuai dengan situasi anda.
Ilmu kepimpinan memang penting dalam organisasi. Pasukan yang kuat dan mantap akan memudahkan syarikat anda mencapai matlamat yang ditetapkan.