HARI ini, saya sudah berada di New York, Amerika Syarikat bagi mengikuti program kepimpinan selama tiga minggu di Columbia Business School mengenai High Impact Leadership, Leading Strategic Growth & Change dan The Strategic Leader.
Buat pengetahuan anda, Columbia Business School merupakan sekolah yang pernah dihadiri oleh Warren Buffett.
Walaupun masih rindu dengan ketupat dan rendang raya, ini demi bangsa usahawan dan passion saya dalam melihat metamorfosis, atau great transformatian kepada bisnes, malah kehidupan anak didik saya.
Saya bersyukur, namun sedih sedikit, pertama kali tinggalkan Malaysia ketika raya dan ini adalah pengorbanan dalam upgrade diri untuk anda, bangsa usahawan.
Dalam masa sama, anda semua berhak meluangkan masa dengan keluarga, sanak saudara dan rakan taulan ketika raya ini.
Tapi ingat hidup kita ini bukan hanya tentang raya, sebaliknya tentang bagaimana kita beri manfaat kepada orang lain.
Misi selepas raya
Terutama kepada anda seorang pemimpin dalam bisnes masing-masing, jangan berhenti fikir apa misi selepas raya ini!
Adakah hanya nak terus makan kuih raya atau mula come back dan beri impak kepada orang lain bagi mendapatkan kehidupan lebih baik.
Jangan leka, bangsa usahawan kena jadi contoh terbaik buat pasukan dan orang lain.
Jadi selepas raya ini, kembali fokus untuk kita bersama Let’s Make Malaysia Great Again.
Beri perhatian
Selepas raya ini juga, anda perlu lebih berwaspada dengan beberapa perkara ini.
Kadar inflasi akan melonjak dan kos harga barang bakal naik melampau disebabkan permintaan meningkat serta momentum pembinaan yang bertumbuh lebih laju.
Ia sudah berlaku pun, namun akan naik lagi dan ini bakal memberikan kesan kepada semua.
Selain itu, pembelian atau kuasa beli akan lebih perlahan.
Saya selalu cakap, orang masih berbelanja cuma pada kadar perlahan.
Namun, di sebalik kadar perbelanjaan berkurangan, orang yang mencari peluang perniagaan akan makin meningkat.
Bagaimana nak hadapi cabaran ini? Pasti ada strategi dan langkah yang perlu dan boleh anda lakukan bagi mereka yang tahu.
Sementara itu, kesempatan ini saya doakan mudahan-mudahan Allah terima amalan kita di bulan Ramadan lalu dan moga kita dapat diberi peluang dipertemukan lagi dengan Ramadan akan datang.
Jika ada salah silap saya, percakapan dan perbuatan saya minta maaf dan saya juga maafkan jika ada sebarang kesalahan antara kita.
Mudah-mudahan Allah limpahkan kita semua keberkatan, kerahmatan, kesihatan, kebahagiaan serta kejayaan di dunia dan akhirat kelak. Amin.
5 Comments
Hidup memberi manfaat kpd org lain ,jangan leka,fokus, kadar inflasi akan meningkat ,kadar perbelanjaan perlahan tapi peluang perniagaan ramai yang cari
Terima kasih atas Learning Points anda. Jangan lupa untuk kongsikan pada lebih ramai orang. Semoga dipermudahkan urusan!
DW DR Azizan Osman adalah mentor yg terbaik bagi saya ,
Alhamdulilah terima kasih, berkongsi ilmu saya berharap dapat terus menjadi anak didik Datuk Wira..
Terima kasih atas comment anda. Jangan lupa kongsikan pada lebih ramai orang. Semoga bermanfaat!