Fahami potensi perniagaan anda!

Fahami potensi perniagaan anda!

Bagi bangsa usahawan yang sudah menulis impian dan renew azam masing-masing, saya doakan moga dipermudahkan, terus komited dan lakukan yang terbaik sampai habis!

Mereka yang belum lagi lakukannya, ia pilihan anda sendiri.

Allah SWT berfirman dalam surah ar-Ra’d: 11: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan ia mengubah dirinya sendiri.”

Pada hari ini, saya nak kongsikan mengenai pentingnya untuk kita sebagai usahawan ketahui potensi perniagaan yang dijalankan.

Apabila ketahui potensi perniagaan itu, maka lebih mudahlah untuk anda mengatur strategi bagi sasaran yang khusus dan melihat perniagaan makin berkembang, insya-Allah.

Kenal pasti target market

Terlebih dulu, usahawan perlu kenal pasti berapa besar target market perniagaan.

Dapatkan maklumat yang berkaitan dan barulah anda boleh lakukan strategi apa untuk dapat capai prospek pelanggan berkenaan.

Bukan semua orang atau sekitar 32 juta rakyat Malaysia adalah pelanggan yang anda kehendaki ya!

Usahawan perlu tahu siapa sasaran mereka sebenarnya, barulah lebih mudah untuk merangka pemasaran dan penjenamaan yang berkesan malah efektif.

Duit pun boleh dijimatkan bagi peruntukan pemasaran dan penjenamaan bisnes anda.

Formula SIAPA

Saya ingin hadiahkan anda dengan formula pemasaran saya sendiri, SIAPA yang sudah bantu ramai usahawan di luar sana hingga mereka berjaya bina bisnes yang berjaya.

Akronim SIAPA membawa maksud: Sasaran, Isu, Akibat, Potensi dan Action yang usahawan itu mahukan pembaca, penonton ataupun pendengar bertindak.

Jika saya nak perjelaskan dengan lebih teliti, rasanya tak cukup ruang ini, namun apa saya boleh beritahu, SIAPA dapat membantu bangsa usahawan melakukan pemasaran mereka dengan betul dan insyaAllah berkesan.

Hal ini kerana anda akan secara langsung melakukan pemasaran pada kumpulan orang yang betul, mengenal pasti isu atau masalah dihadapi dan kesannya serta menawarkan penyelesaian kepada mereka.

Artikel terbaru

6 Comments

Leave a Reply