Perasan tak, bila anda pergi makan di sebuah kedai, dari jauh lagi anda dah boleh nampak signboard nama kedai tersebut.
Peniaga meletakkan papan tanda yang besar supaya orang boleh nampak kedai tersebut dan pelanggan akan tertarik untuk masuk ke kedai mereka.
Sebab itulah, ada sesetengah kedai, bila tiba waktu malam, papan tanda tersebut akan menjadi terang dan berkelip-kelip, betul ke betul?
Ada tak anda terfikir, kenapa anda mesti ada papan tanda bangunan ni bila anda ada kedai sendiri.
6 manfaat papan tanda bisnes yang menarik:
1/ Supaya Pelanggan Nampak
Sekiranya bisnes anda ada papan tanda bangunan, tak kiralah besar atau kecil, pelanggan atau bakal pelanggan akan lebih nampak bisnes anda.
Tambahan pula, bila papan tanda bisnes anda ada rekaan yang unik dan atau rekaan yang lebih terserlah dari papan tanda peniaga lain, pelanggan akan lebih nampak dan fokus pandangan mereka akan terarah kepada kedai anda sahaja.
2/ Lebih Kenal Bisnes Anda
Bila anda dengan jelasnya dah tulis nama kedai anda di papan tanda bangunan, pelanggan akan lebih kenal bisnes anda.
Contohnya, di papan tanda perniagaan anda tertulis “Restoren Nasi Campur Kamilah”.
Jadi, pelanggan dah tahu yang anda berniaga makanan berkonsepkan nasi campur.
Pelanggan boleh nampak dengan jelas jenis perniagaan yang anda lakukan.
3/ Sebagai Landmark Perniagaan
Apabila pelanggan nampak papan tanda bangunan anda, secara tak langsung mereka akan tahu lokasi kedai anda beroperasi.
Contohnya kedai anda terletak di tepi jalan dan sentiasa dikunjungi oleh pelanggan tetap tak kira masa.
Apabila bakal pelanggan melihat situasi ini, mereka akan cuba untuk mengingati nama kedai anda dan lokasi anda beroperasi supaya mudah untuk mereka datang pada masa akan datang.
4/ Mengatasi Pesaing
Bila adanya papan tanda bangunan, ia boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk mengatasi pesaing anda.
Kadang-kadang, pelanggan lebih sukakan keadaan kedai yang ceria berbanding kedai yang kelam dan suram.
Cuba anda bayangkan, sekiranya anda meletakkan lampu kelip-kelip yang digunakan untuk musim perayaan perasaan di papan tanda bangunan, apa akan jadi pada bisnes anda?
5/ Gabungkan Online dan Offline Marketing
Penggunaan papan tanda bangunan dalam bisnes adalah satu contoh pemasaran secara offline.
Anda juga boleh gabungkan ia dengan cara online marketing seperti di Facebook atau Instagram.
Bila pelanggan nampak papan tanda bangunan anda, percaya tak yang mereka akan search bisnes anda secara online untuk dapatkan info dan feedback orang ramai berkenaan bisnes anda?
Jadi, anda boleh gabungkan kedua-dua cara pemasaran ini untuk berikan lebih banyak maklumat kepada bakal pelanggan anda.
6/ Menarik Perhatian Pelanggan
Sekiranya anda ada papan tanda bangunan, ia akan menarik lebih ramai pelanggan baru ke kedai anda.
Contohnya, nama papan tanda bangunan anda ialah “Kedai Busana Muslimah”.
Jadi, ia akan menarik perhatian pelanggan anda yang sedang mencari pakaian yang berkonsepkan muslimah dan menutup aurat.
Itu manfaatnya bila anda ada papan tanda bangunan. Tapi, masih ramai peniaga yang tidak hiraukan penggunaannya dalam bisnes mereka.
Ini kerana, mereka risaukan kos yang terpaksa dikeluarkan sekiranya ingin buat papan tanda tersebut.
Nak tahu ciri-ciri papan tanda digunakan bisnes besar, baca di sini.