Hobi Anda Memancing? 3 Tips Bisnes Daripada Aktiviti Memancing

Hobi Anda Memancing? 3 Tips Bisnes Daripada Aktiviti Memancing

Siapa suka memancing? Tak pun, pasangan yang suka hobi memancing.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aktiviti memancing semakin diminati ramai dan bukan hanya didominasi oleh lelaki sahaja.

Golongan wanita juga dikatakan sudah mula menunjukkan minat terhadap aktiviti ini dan ada yang menjadikannya sebagai riadah utama bersama keluarga pada hujung minggu.

Memancing dapat ikan, berniaga mahu dapat untung.

Apa yang boleh kita pelajari daripada aktiviti memancing ini?

1. Sabar

Apabila kita memancing, ada masanya kita mendapat banyak ikan, ada masa sekor pun tak dapat.

Bagi orang yang tidak minat memancing, sudah pasti berputus asa adalah penyelesaiannya.

Namun, lain pula ceritanya bagi orang yang sangat minat memancing, dia akan sabar dan belajar sementara menunggu umpan dimakan ikan.

Seperti itu jugalah yang berlaku dalam perniagaan, jualan tidak semestinya sentiasa naik, kadang-kadang jualan boleh turun kemudian naik semula.

Kesabaran untuk terus mencuba akan mengukuhkan jenama produk atau perkhidmatan.

Tak semua perniagaan terus mendapat hasil jutaan ringgit sekelip mata. Banyak cabaran dan dugaan yang telah dihadapi sebelum berada dipuncak.

Kesabaran mereka menempuh pelbagai cabaran dan dugaan membawa kepada kejayaan.

2. Umpan segar

Umpan yang betul dan kelihatan segar lebih menarik perhatian berbanding umpan yang tidak segar.

Ikan mempunyai deria penglihatan, bau, dan rasa untuk mengesan makanan.

Kita boleh mengumpan deria ikan-ikan ini dengan umpan yang masih terang warnanya dan kuat baunya.

Begitu juga dalam perniagaan, lebih banyak pelanggan akan memilih produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan jika dapat memikat mereka.

Justeru, perniagaan kita mestilah bersifat segar juga. Selain menawarkan produk dan perkhidmatan yang terbaik, strategi dan bentuk perniagaan juga mesti segar.

Jika hari ini perniagaan dah beralih ke platform digital, kita juga mesti bergerak ke arah itu supaya kita tak ketinggalan.

3. Kerja berkumpulan

Menarik ikan yang bersaiz besar secara individu pasti akan memenatkan. Silap-silap boleh terlepas!

Tapi, apabila kita mempunyai beberapa sahabat, kita boleh membahagi-bahagikan tenaga.

Apabila penat, boleh minta tolong kawan, bergilir-gilir untuk memegang pancing supaya usaha untuk menangkap ikan sentiasa berterusan.

Kenapa perkara ini tak teruskan dalam perniagaan juga?

Jika menjalankan perniagaan secara seorang diri atau insan tertentu sahaja mesti sangat memenatkan, kurang masa dan akhirnya tertekan.

Lebih-lebih apa yang kita harapkan terlepas seperti ikan terlepas daripada pancing anda, sedangkan ikan dah makan umpan.

Tetapi, jika kita mahu lebih lagi, berkerjalah secara berkumpulan, supaya lebih banyak ikan besar diperoleh.

Jika sebelum ini, kita suka berkerja secara individu, sekarang cubalah untuk berkerja secara berkumpulan dengan orang yang mahir dan dipercayai. Bina team, lakukan pembahagian tugas, maka kita akan mendapat hasil dengan cepat dan berterusan.

Lebih banyak ikan kita dapat, bukan hanya dapat dibuat makan untuk kita sekeluarga sahaja. Lagi seronok ikan itu dapat diberi kepada keluarga, jiran dan individu lain.

Artikel terbaru

4 Comments

Leave a Reply