Potensi diri, setiap individu mempunyai kelebihan, kekuatan, keunikan dan kelemahan masing-masing.
Perbezaan ini menjadikan dunia unik. Situasi ini juga menjadikan setiap daripada kita saling melengkapi dan memerlukan.
Mungkin seseorag itu hebat dalam bidang akademik tetapi tidak dalam bidang kemahiran dan sebaliknya.
Setiap individu mempunyai impian. Contohnya, impian mahu membahagiakan ibu bapa, membantu insan sekeliling, mempunyai kenderaan dan rumah idaman.
Salah satu cara untuk mencapai impian yang diimpikan itu adalah melalui pengenalan terhadap potensi diri dan manfaat potensi tersebut untuk berjaya.
Jadi, kenapa pentingnya untuk mengenali potensi diri?
Mengenali diri sendiri adalah kunci untuk kita melihat potensi diri.
6 tip mengembangkan potensi diri
1. Tulis kekuatan diri
Jom ambil pen dan kertas, tulis tiga kekuatan diri anda. Senaraikan kebolehan, keistimewaan, kemahiran atau apa sahaja perkara yang anda dapat lakukan dengan cemerlang.
Kemahiran juga merupakan satu kekuatan kerana tak semua orang memiliki kemahiran yang kita ada.
Contohnya, tak semua orang ada kemahiran untuk membaiki kereta atau barang-barang elektrik. Tak semua orang juga memiliki kemahiran kraf tangan.
Apabila kita dah mengetahui kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri kita, maka boleh memanfaatkannya untuk membawa kita menjadi individu yang berjaya.
Jangan lupa, manfaatkannya kepada orang lain juga.
2. Tulis kelemahan diri
Dah senaraikan kelebihan, seterusnya tulislah kelemahan yang ada pada diri anda.
Mungkin pasangan, rakan karib atau adik-beradik boleh membantu juga. Dah tahu kelemahan diri, marilah kita muhasabah balik..
Seterusnya, fikirkan cara untuk mengatasi kelemahan itu. Jika kelemahan selama ini melakukan kerja di saat akhir, ubah kepada melakukan kerja di awal waktu.
Cakap mungkin senang, tapi untuk berjaya ia perlu diubah dan dilakukan.
Jika tidak berubah dan bermula, sukar untuk anda berjaya.
3. Usaha
Dah kenal pasti kekuatan dan kelemahan, langkah seterusnya adalah berusaha!
Bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Potensi diri seseorag tidak terbit begitu sahaja tanpa usaha, anda perlu berusaha ke arahnya.
Walau ada punyai bakat semula jadi, tetapi jika bakat itu digilap pasti hasilnya lebih luar biasa.
Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan juga sering menekankan kepada anak didiknya, results akan hanya wujud bila ada tindakan!
4. Ilmu
Tuntutlah ilmu sampai ke China.
Ilmu bukan bermakna anda mesti ke sekolah atau insitusi pengajian tinggi sahaja.
Terlalu banyak cabang dan medium untuk anda menuntut ilmu.
Lebih-lebih lagi di zaman segalanya di hujung jari. Jangan malas tuntut ilmu dan jangan selesa setakat tahap ilmu yang anda ada.
Nak berjaya, ilmu mesti up to date! Barulah lebih mudah untuk berdepan dengan cabaran-cabaran ketika ini.
5. Kembali bangkit
Semua benda ada proses, adakah kita sanggup melaluinya?
Harus diingat bahawa perjalanan untuk mencapai potensi diri menjadi seorang yang hebat ada cabaran yang perlu ditempuhi.
Janga bersedih sekiranya gagal, jika bersedih sekali pun segeralah bangkit.
Kegagalan adalah guru terbaik untuk kita berjaya.
6. Raikan kejayaan
Hargai diri sendiri setelah anda berjaya mencapai matlamat diinginkan. Jangan juga lupa memanjatkan kesyukuran.
Raikan kejayaan anda dengan pasangan, ahli keluarga dan mereka yang bersama dalam perjuangan anda seperti pekerja yang setia.
Sehubungan itu, gunakan potensi diri yang dianugerahkan kepada anda semaksimum mungkin, jangan sia-siakan.
4 Comments
RichWorks telah buatkan saya dapat kenal pasti POTENSI DIRI… utk bangkit semula daripada kegagalan dan bangkit lebih pantas…
Terbaik! Terima kasih atas perkongsian puan. Semoga bermanfaat.
Bagi mencapai kejayaan, kita perlu ubah diri kita dahulu iaitu dengan cara melihat kepada potensi diri kita sendiri. Terdapat 6 tips yang perlu kita perlu ambil perhatian bagi menghasilkan sesuatu yang luarbiasa terjadi terhadap diri kita nanti.
PERTAMA: Kita pasti tahu apa kekuatan yang ada pada diri kita. Gunakan kekuatan itu untuk membuat sesuatu yang boleh menjadi sesuatu yang dipandang luarbiasa serta dapat memberi manfaat kepada orang lain juga.
KEDUA: Pastikan segala kelemahan diri kita telah dapat kita atasi bilamana kita hendak berubah. Jangan biarkan sifat buruk dan negetif kita menghalang usaha kita untuk mencapai matlamat kita.
KETIGA: Bila kekuatan kita telah ditonjolkan dan kelemahan diri kita dibuang, maka kita boleh untuk memulakan usaha kita dengan matlamat iaitu mencapai kejayaan. Usaha yang keras dan berstrategi akan menghasilkan result yang pantas dan bermutu.
KEEMPAT: Sepanjang kita melakukan kerja bagi mengembangkan perniagaan, kita perlukan ilmu untuk menyokong usaha kita agar tidak tersilap langkah dari peringkat awal lagi. Menuntut ilmu tidak ada penamatnya. Pasti ada disitu proses yang perlu ditambahbaik berpandukan pengetahuan masakini atau updated.
KELIMA: Disepanjang perjalanan kita melakukan perniagaan, pasti kita akan menempuh kesukaran dan kegagalan menyelesaikannya. Kita tidak boleh rasa kecewa sebab ianya akan membantutkan usaha dan perancangan kita yang seterusnya. Teruskan usaha mengikut apa yang dirancangkan disamping memperbaiki dan mencari penyelesaian masalah yang kita hadapi.
KEENAM: Segala penat lelah kita membangunkan perniagaan sehingga mencapai matlamat yang ditentukan perlu diberikan penghargaan. Hargailah diri kita dengan diberikan ganjaran yang sepatutnya dan penuhi apa hadiah yang kita impikan bila kita telah sampai ketahap tipping point. Hargai juga mereka yang sama-sama membantu kita dalam mencapai goal kita selama ini.
Sekian ulasan saya.
Peserta Elite X 2022
Mohon doa dari semua tenaga pengajar Richworks akan kejayaan saya di sini.
Haji Samsudin
Sumir Marketing
Awesome Tuan! Kami hargai perkongsian dan Learning Points tuan terhadap topik ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada orang lai yang ingin berjaya dan dipermudahkan urusan tuan.