“Berniaga di pasar malam, kami tak ada lampu, tak ada papan tanda, semua gelap hanya orang yang ternampak sahaja akan beli.
“Jualan hari itu cukup untuk saya dan ayah beli makanan hari itu. Kami akan ulang perkara sama dari 9 pagi, kalau jagung cepat habis, kami baliklah petang, kalau tak tunggu sehingga pasar malam tutup 10 malam,”
kongsi Pengasas Produk Noufa Skin,Nur Izzaty Salimun mengimbau kenangan membantu ayahnya menjual jagung ketika berusia 17 tahun.
Menurut Pengasas Produk Noufa Skin ini, minat terhadap bidang perniagaan sudah ada dalam jiwanya sejak kecil lagi kerana arwah ibunya pernah berniaga produk untuk menambah pendapatan keluarga.
“Selepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya bantu ayah jual jagung. Ayah berhenti kerja kerana faktor usia, ayah sebelum ini pendawai elektrik dan baiki televisyen. Bila usia ayah meningkat, mata ayah semakin tak nampak dan cari pekerjaan lain, banyak pekerjaan yang ayah buat.
Minat sahaja tak cukup
“Dengan minat sahaja tak cukup untuk saya bantu ayah menjalankan perniagaan jual jagung masa itu. Untung bersih jual jagung RM15 sehari cukup untuk saya dan ayah beli makanan. Pernah terdetik masa itu, fikir seperti ini ke hidup aku selamanya,” katanya.
Ketika di universiti, Nur Izzaty meneruskan minat berniaga menjadi dropship dengan pendapatan sekitar RM1,000 hingga RM2,000 sebulan dan akhirnya memilih untuk berhenti daripada melanjutkan pengajian dan memulakan perniagaan produk penjagaan wajah.
Perniagaan dijalankan semakin berkembang tetapi beliau yang masih mentah pada masa itu merasakan ilmunya belum lengkap dan memerlukan bimbingan daripada guru yang berpengalaman untuk memastikan segala cabaran dapat ditempuhi.
“Umur 20 tahun dengan pengalaman yang tak seberapa, apatah lagi ilmu. Masuk realiti perniagaan yang sebenar saya tertekan, mula rasa tak gembira dan rasa perniagaan ini makin lama makin susah.
“Saya tak ada pilihan, selain untuk bangkit kembali, sudah pilih untuk berhenti belajar walau keputusan peperiksaan baik di samping membawa harapan keluarga dan pasukan,” jelasnya.
Nak Ubah Hidup
Pada Ogos 2019, Nur Izzaty mengambil keputusan ke program Nak Ubah Hidup (NUH) dijalankan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama RichWorks dengan 10 kakitangan syarikatnya.
“Momentum masa lepas balik dari NUH sangat amazing, momentum yang saya tak pernah rasa energi tu, yang mana kelas itu bukan mengubah saya seorang sebaliknya staf juga.
“Persekitaran dalam pejabat sangat lain. Amat berbeza, abang saya tengok dia kata memang nampak impak dia. Sebelum ni dengar orang cakap sahaja.
“Kita tak faham term energy, momentum, bila kita sendiri dah merasai pengalaman berada di kelas tu dan energi yang diserap bawa masuk ke pejabat, impak dia tu bukan sehari dua, berbulan-bulan, bertahun-tahun,” jelasnya lagi.
Lebih menggembirakan, jualan syarikat mampu mencatat RM100,000 sebulan membuatkan Nur Izzaty terus menyertai kelas bimbingan yang lain sehingga pada 2021 syarikatnya meraih jualan RM6.8 juta.
“Jika dilihat, pada 2019 keuntungan kira-kira RM900,000. Masa itu saya jangka satu juta mustahil, boleh ke perniagaan yang dijalankan capai juta?
“Pada 2020 syarikat catat jualan RM6 juta ketika saya dah sertai program Mentoring Titanium dan nampak perniagaan naik secara agresif,” jelasnya yang menyasarkan jualan RM15 juta pada tahun ini.
Jualan semasa PKP melonjak
Mengulas lanjut, katanya sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP) jualan melonjak naik memandangkan perniagaan sedia ada dijalankan secara dalam talian.
“Bahagian operation untuk hantar parcel tu tak ada masalah. Bisnes masih berjalan seperti biasa cuma tak boleh masuk pejabat.
“Macam mana nak urus staf yang semua tak boleh masuk pejabat, kami dah sedia sebab sokongan dari RichWorks sendiri. Bila ada dalam circle Titanium, RichWorks sentiasa memberi lebih awal supaya kita lebih bersedia hadapi sebarang situasi dalam perniagaan,” katanya.
Tambah Nur Izzaty, RichWorks juga sentiasa memberikan ilmu perniagaan yang terkini dan menjadi trend dalam pasaran semasa.
“Branding dan marketing, RichWorks sentiasa beri yang terbaharu. Minggu lepas ada yang baru, minggu ini ada lagi yang baharu. RichWorks sentiasa bagi awal,” ujarnya.
Noufa Skin kembang ilmu
Ilmu yang diperoleh dari RichWorks turut dikembangkan kepada pekerja. Hasilnya, ilmu dan kemahiran pekerja bertambah sekali gus memberi pulangan positif kepada syarikat.
Sementara itu, Nur Izzaty memberitahu, alhamdulillah Noufa Skin – Calendula Essence Toner menjadi antara produk paling laris dan pihaknya turut buka peluang kepada mereka berminat untuk menjana pendapatan dengan layari Facebook rasmi, Noufa Skin HQ
5 Comments
Semuga terus maju demi ummah Islam dan bangsa Melayu.
Terima kasih atas comment yang positif. Semoga bermanfaat.
berani dalam membuat keputusan dan mencari mentor utk membimbing mendapatkan strategi yang baik.
Saya nak jadi dropship noufa,nak cari pendapatan sendiri Sebab dah lama tak bekerja dan Perlu menanggung family
Bagus puan. Cepatkan tindakan untuk dapatkan hasilnya segera. Semoga bermanfaat!