Kompang dipalu, pengantin baru. Duduk bersanding, tersimpul malu. Begitulah senikata lagu Kompang Dipalu, yang sering dimainkan di majlis-majlis persandingan orang Melayu.
Namun jauh lebih awal sebelum Si Raja dan Permaisurinya dapat melangkah ke jinjang pelamin, banyak persediaan yang perlu dilakukan.
Masyakat di Malaysia akan mengadakan majlis perkahwinan mengikut tuntutan agama dan adat masing-masing.
Dalam sebuah majlis perkahwinan, anda boleh menjana pendapatan dengan bakat dan kemahiran yang anda miliki.
Ada yang menjadikan bisnes tersebut sebagai pendapatan tetap, ada juga untuk mencari pendapatan sampingan.
1. Pengacara majlis
Jika anda mempunyai bakat sebagai pengacara majlis, di majlis perkahwinan anda boleh dapat pendapatan tambahan.
Jika mengeluarkan kos sekali pun, pada kertas dan kos pengangkutan sahaja.
2. Perkhidmatan andaman
Pasti pengantin nak wajah mereka cantik pada hari yang penuh bersejarah.
Tetamu yang datang pula tak mahu ketinggalan merakam gambar bersama raja sehari.
Jadi, kepada sesiapa yang memiliki kemahiran persolekan boleh mulakan dengan menjadi freelance pesolek.
Ramai yang memiliki kemahiran bersolek melalui video tutorial menerusi media sosial.
Sebelum menyolek pengantin, boleh mula dengan majlis pertunangan dahulu.
3. Kek majlis perkahwinan
Kek pengantin, nak buat berapa tingkat?
Makanan ini istimewa, bukan hanya untuk dimakan tetapi ada acara khas memotong kek sekali gus gambar kek akan diabadikan bersama.
Sehubungan itu, design kek yang menarik akan menjadi pilihan pelanggan.
Adalah lebih baik kek yang sedap dimakan, design juga cantik.
Walau ada banyak kedai kek, maka kek anda akan jadi pilihan pelanggan.
4. Kad digital
Dewasa ini, kad digital jadi pilihan menjemput tetamu yang akan hadir pada majlis anda.
Kad digital mestilah up to date juga, selain dilengkapi dengan maklumat seperti aturcara majlis jangan lupa sertakan sekali pautan google map atau waze untuk ke lokasi majlis anda.
Elemen tambah nilai pada kad digital seperti lagu, gambar menarik akan membuatkan kad tersebut lebih eksklusif dan informatif.
5. Tempahan bunga pahar
Bukan tak boleh beli di kedai, tetapi hasil buatan tangan anda yang berseni dan unik boleh memikat hati.
Manfaatkan media sosial anda untuk promosi. Selain itu, jika anda bersahabat dengan perunding perkahwinan atau perkhidmatan lain, boleh juga minta bantuan mereka untuk mempromosikan produk anda.
6. Doorgift
Tak mahu tetamu pulang dengan tangan kosong.
Doorgift adalah hadiah dari pihak pengantin kepada tetamu sebagai tanda terima kasih kerana sudi menghadiri majlis yang dijemput.
Antara idea doorgift yang sering menjadi pilihan pada zaman dahulu ialah telur rebus atau telur pindang.
Namun, mengikut peredaran masa, pelbagai jenis doorgift diberikan kepada tetamu.
Pelbagai pilihan item yang boleh anda tawarkan kepada bakal pengantin.
7. Photographer dan videographer
Ramainya pesaing! Jangan begitu, bangsa usahawan mesti berani dan kreatif.
Jika strategi anda baik, pasti anda akan berjaya mengatasi photographer lain.
Anda boleh cipta pakej menarik dengan menggabungkan beberapa perkhimatan lain.
Ketika merakam gambar tersebut tak salah anda bermanis muka dengan semua tetamu, jangan garang sangat dan tak lokek hulur bantuan jika ada yang meminta bantuan mengambil gambar menggunakan telefon pintar mereka.
Tak salah kita lakukan kebaikan semasa mencari rezeki. Hidup biar memberi manfaat kepada orang lain.
Berniaga perlu ilmu, jika nak tahu lebih mengenai ilmu pernigaan jangan malu-malu untuk menuntut ilmu.