Nak Mula Bisnes, Nak Untung Lumayan? 3 Idea Bisnes Modal Kecil

Nak Mula Bisnes, Nak Untung Lumayan? 3 Idea Bisnes Modal Kecil

Bisnes modal kecil, betul ke boleh dapat untung lumayan?

Bila membaca kisah kejayaan bangsa usahawan, dapat untung juta-juta ringgit dengan bisnes modal kecil yang terlintas di hati seribu satu pertanyaan.

Boleh ke aku nak berniaga? Aku nak berniaga apa? Modal mana nak dapat? Kalau rugi macam mana? Dah ramai sangat jual barang tu… Tetapi aku pun nak jadi kaya raya, bantu orang lain pula.

Itu mungkin sebahagian yang terdetik dalam hati dan fikirkan. Jangan risau menjadi dropship pun boleh berjaya, jana pendapatan lumayan dengan jualan dari ribuan hingga jutaan ringgit.

Kami bukan cakap kosong, sebab ada saja testimoni-testimoni malah anak didik di bawah bimbingan RichWorks sudah pun membuktikannya.

Dalam pada itu, jom kami kongsikan 3 idea bisnes modal kecil:

1. Dropship

Biasa dengar atau terbaca mengenai dropshipkan. Apa itu dropship?

Dropship adalah salah satu cara untuk anda memulakan bisnes dengan modal yang rendah atau tanpa modal.

Dropship merupakan satu model daripada cabang perniagaan internet yang boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses internet dengan menjadi agen dropship dan mempromosikan produk tersebut.

Dropship adalah satu cara untuk membuat duit dan mendapatkan pendapatan yang cukup mudah dengan modal yang sangat minima.

Jadi bagaimana dropship dijalankan? Anda perlu mengumpulkan semua order yang anda terima, pelanggan membuat pembayaran kepada anda berdasarkan harga jualan, selepas itu anda bayar kepada pusat jualan dengan harga dropship, untung bersih itu anda simpan kerana itulah keuntungan anda.

Pusat jualan akan kirim barang kepada pelanggan anda.

Tak perlu guna duit beli produk,tak perlu nak simpan stok.

Kebanyakan pengasas produk mencari dropship atau ejen untuk meningkatkan jualan produk mereka.

Lazimnya, pengasas produk akan menyediakan panduan pemasaran dan informasi produk supaya jualan dapat dilakukan dengan lebih efektif.

Dalam erti kata mudah, anda merupakan orang tengah dalam perniagaan tersebut.

2. Urus media sosial

Generasi muda ramai yang suka ni. Mahir pun mahir.

Apa kata gunakan kemahiran anda untuk menambah pendapatan.

Hari ini, peranan media sosial dalam aspek pemasaran tidak dapat dinafikan.

Pemasaran melalui media sosial biasanya seperti membina jenama sendiri, berinteraksi dengan pengikut dan membina jaringan pemasaran.

Anda boleh menawarkan khidmat mengendalikan media sosial dengan harga yang lebih berpatutan berbanding mengupah agensi pemasaran.Dengan ada media sosial,boleh manaik taraf bisnes dan juga dapat menarik perhatian orang ramai.Ia juga dapat miningkatkan pendapatan kita dengan bisnes online ini.

Tak semua orang cekap dan berminat dalam pemasaran melalui pengurusan media sosial.Kalau cekap dalam pemasaran melalui pengurusan media sosial,boleh menjana pendapatan dengan bisnes modal kecil.

Apa lagi, mari manfaatkan peluang ini.  

3.  Penulis Hantu

Anda minat nak menulis?

Perkhidmatan penulis hantu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berkeinginan menulis cerita atau peristiwa mengikut selera dan keinginan pelanggan.

Penulis hantu adalah orang yang menulis buku untuk  individu yang ingin menerbitkan buku.

Biasanya, penulis hantu akan membuat draf isi kandungan buku yang akan diterbitkan dan melakukan semakan sebelum buku diterbitkan dalam pasaran.

Kebanyakan mereka terdiri daripada usahawan berjaya, tokoh atau ketua dalam bidang yang mereka terajui.

Mereka banyak ilmu dan pengalaman. Contohnya, mantan Panglima Angkatan Tentera yang sudah bersara. Kisah pasukan melawan komunis misalnya, rugi jika sejarah negara itu tidak dibukukan.

Mereka juga mungkin berdepan dengan kekangan masa untuk menulis.

Kalau anda pandai menulis, anda boleh dekati tokoh-tokoh ini dan tanya jika ada peluang untuk membantu mereka menerbitkan buku.

Walau apa pun pilihan anda, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat sehingga mencapai kejayaan yang diharapkan.

Dapat sesuatu daripada 3 idea bisnes modal kecil di atas?

Siapa tahu dengan bermula sebagai dropship, akhirnya anda akan memiliki empayar perniagaan sendiri.

Ini terbukti menerusi kisah yang dikongsikan oleh bangsa usahawan yang berjaya.

Mungkin juga hobi atau kemahiran  anda di laman media sosial membawa keuntungan, selama ini mungkin hanya sekadar untuk suka-suka tetapi boleh dimanfaatkan untuk tujuan perniagaan.

Bukan semua orang ada bakat menulis, jangan disimpan begitu sahaja, buka laptop dan mulakan sesuatu!

Artikel terbaru

10 Comments

Leave a Reply