Hedys : Bekas Pegawai Kerajaan, Jual Kuih Batang Buruk Sampai Jana RM3.9 Juta

Hedys batang buruk

Siapa kata jual kuih ‘raya’, tak boleh berjaya hingga capai jualan jutaan ringgit setahun?

Pengasas Syarikat Hedys International Sdn. Bhd., Nor Hedayah Kaulan membuktikan sebaliknya apabila berjaya membina empayar kuih batang buruk malah daripada stigma ia hanya dimakan ketika raya kepada kudapan harian.

Jelas bekas pegawai kerajaan itu lagi, beliau sama saja seperti orang lain malah tidak ada pun darah usahawan yang mana bapanya seorang buruh dan ibu seorang suri rumah.

Dalam keadaan keluarga yang tersepit dengan masalah ekonomi dan kewangan, terdetik di hatinya untuk berusaha mencari pendapatan sampingan dengan menjual barang-barang seperti pomade, tudung dan pelbagai produk lain.

“Saat paling sukar yang tak boleh saya lupakan ialah apabila saya pernah difitnah macam-macam semasa saya menjalankan perniagaan.

“Paling teruk apabila rakan seperjuangan juga hilang kepercayaan pada saya dan ramai ejen lari,” katanya.

Kehidupan Nor Hedayah  berubah selepas menyertai satu program motivasi perniagaan dan mula fokus mengeluarkan produknya sendiri iaitu kuih batang buruk.

Jelasnya, kuih batang buruk yang dihasilkannya adalah berasaskan resepi asli dari negeri Johor.

“Bukan mahu mendabik dada tetapi batang buruk buatan saya agak ranggup, rapuh, cair di mulut sampai tersemat ke hati. Itulah sebabnya saya menerima permintaan luar biasa daripada pelanggan,” selorohnya.

Langit tak selalu cerah, di saat perniagaan mula menunjukkan hasil yang diimpikan, tiba-tiba semuanya berubah sekelip mata. Pandemik Covid-19 yang melanda dunia membawa kesan buruk kepada perniagaan.

“Ketika PKP baru bermula, dua minggu pertama merupakan masa yang paling sukar bagi semua usahawan. Nak adapt dengan keadaan, sewa kedai, gaji pekerja semuanya terjejas.

“Saya buntu memikirkan nasib perniagaan kami dan saya juga sudah mula hilang arah. Hasil jualan kedai sudah tidak dapat menampung sepenuhnya komitmen bulanan yang harus ditanggung termasuklah kos gaji pekerja dan sewa kedai,” katanya.

Bagaimana Hedys terus berkembang

Tindakan Nor Hedayah menyertai program-program RichWorks dan masuk ke kelas dikendalikan oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, akhirnya menjadi penyelamat kepada perniagaannya.

“Sistem sokongan yang disediakan oleh Dr. Azizan dan Richworks International sememangnya luar biasa. Selain berkongsi tips-tips perniagaan dan bagaimana untuk berjaya, circle Titan juga memainkan peranan yang sangat penting.

“Saya diberikan bimbingan daripada pelbagai aspek seperti cara menjadi pemimpin dalam organisasi, cara menguruskan perniagaan, selain dipupuk dengan sikap berpandangan jauh dan merancang perniagaan sekarang untuk 100 tahun akan datang,” katanya lagi.

Hasilnya, pada 2020, Hedys mencatatkan perolehan RM2.6 juta dan jumlah itu terus meningkat pada 2021 dengan nilai jualan sudah mencecah RM3.9 juta!

“Saya sendiri tidak menyangka, dengan hanya menjual batang buruk sahaja, kami kini berjaya berpindah ke bangunan pejabat dua tingkat dan mampu memberikan wang kepada orang tua pada setiap bulan.

“Kami juga dapat membeli kereta idaman dan berjaya membeli rumah sendiri,” ujarnya.

Tambahnya, kemahiran diri perlu dipertingkatkan dengan menuntut lebih banyak ilmu dan mencari ‘guru’ yang betul untuk membimbing ke arah kejayaan.

Artikel terbaru

4 Comments

  • Alhamdulillah saya selalu terharu dan selalu keluar air mata bila berada dalam kelas richwork dengan email yg sampai daripada richwork sdn bhd. Perjuangam semua pserta dan kata kata semangat yg dilontarkan oleh peserta membuatkan saya cukup teruja dengan kejayaan yg dicapai oleh mereka. Terima kasih di atas ilmu yg dikongsikan. Saya nak juga berjaya seperti mereka. Umur saya kini dah 52 tahun pendidikan saya setakat SRP itupun K,O, saya tidak memiliki sebarang kenderaan apalagi simpanan dan harta. Saya duduk di PPR Intan Baiduri Kepong tapi saya cuba utk terus belajar kelas2 yg ada masa kini ( percuma ) in shaa Allah saya akan cuba berubah dari satu level ke satu level sampai saya berjaya mengumpul sebanyak mana wang dan akan masuk nanti kelas kelas yg berbayar daripada richwork. Saya nak mengucapkan ribuan dan terima kasih pada Richwork Sdn Bhd kerana sentiasa memberi peluang pada saya untuk terus menimba Ilmu. Halalkan segala ilmu yg diberikan. Terima kasih semua. Semoga anda berjaya di dunia dan diakhirat Syurga tempat anda semua aamin aamin aamin ya rabbal alamin

    • Team RichWorks

      Terima kasih Tuan Rafail atas komen yang diberikan. Insyallah dengan tindakan beserta Ilmu akan membantu Tuan untuk meningkatkan taraf hidup dan bisnes tuan

  • ya berani dan sanggup buat buisnes learning point;kakak HEDAHYAsangat berani saya dah lama buat buisnes tapi sehingga kini tak ada apa apa pun. deepavali buat kuih jual..habis dah duit itu masa yang sama juga. zero saya ni.kewangan zero dulu ingatkan kuih raya untuk raya je.
    tapi sekarang dah mula dah .step pertama buat logo .dah siap .dah tempah sticker.
    lama cari nak buat halal tapi tak boleh buat. dah masuk kelas mmm banyak saya belajar akan apply buat buisnes nak belajar macam mana nak handle cash flow nak tahu harga kelas itu. sebab tak pernah ambil gaji penat penat kerja tapi beli baju raya 1 je. semuanya belanja untuk anak. tahun ini nak belanja banyak banyak. terima kasih team richwork sudi tanya masalah saya.

    • Team RichWorks

      Terima kasih Cik Puan atas sharing yang diberikan, degan adanya tindakan beserta Ilmu pasti cik puan akan peroleh hasil. kekalkan konsisten dalam setiap tindakan yang betul dan sentiasa improve untuk perbaiki kekurangan

Leave a Reply