Jangan salah kaedah pengiklanan! Golongan milenial merupakan kumpulan generasi terbesar di Malaysia dengan generasi Y sebanyak 26 peratus dan generasi Z sebanyak 25 peratus. Ciri demografi memainkan peranan penting dalam tingkah laku pengguna dan boleh menyebabkan penyimpangan daripada model umum proses membuat keputusan pengguna.
Pengiklan telah lama mengkaji tentang kumpulan generasi bagi mengenal pasti persamaan dan perbezaan ciri utama penentu pemasaran dan penyesuaian strategi untuk mendapatkan khalayak yang sepatutnya.
Perbezaan generasi memainkan peranan penting dalam membentuk selera pengguna dan mempunyai implikasi besar terhadap taktik pemasaran.
Tumpuan utama perhatian adalah tertumpu kepada milenial kerana generasi ini mendapat pengaruh yang signifikan daripada generasi terdahulu, menetapkan trend di semua industri dan pasaran, dan kuasa pembelian tertumpu di tangan mereka.
Situasi & pengiklanan masa ini
Walau bagaimanapun, pemasar hari ini cenderung beralih kepada generasi Z yang merupakan generasi muda yang menjadi daya penggerak baru di pasaran. Kumpulan pengguna yang berpengaruh dan unik ini memberikan cabaran kepada pengiklan kerana mereka berbeza dengan generasi Y walaupun masih bergelar milenial.
Apabila milenial dan generasi Z memasuki alam pekerjaan dan mencapai umur ideal semasa bekerja, generasi ini muncul dengan cepat sebagai segmen pasaran paling menonjol bukan hanya kerana saiz pasarannya tetapi kuasa pembelian.
Oleh kerana kemajuan teknologi dan perubahan dalam landskap pengguna, kebanyakan milenial menggunakan media sosial secara aktif setiap hari dan mereka dianggap sebagai pengganggu kepada status quo sektor peruncitan tradisional.
Disebabkan itu, amat penting bagi pengiklan untuk memahami sikap pengguna milenial melalui perspektif budaya terhadap pengiklanan media sosial. Hal ini kerana milenial bersifat heterogen atau berlainan sehingga sikap dan persepsi mereka secara relatifnya pelbagai maka penerimaan ‘suka’ dan sikap mereka sentiasa berubah.
Rahsia kejayaan kempen pengiklanan
Kejayaan sesebuah kempen pengiklanan sangat bergantung kepada sikap dan persepsi pengguna. Sikap kegemaran pengguna terutamanya pengguna milenial merupakan jalan kepada kejayaan sesebuah pengiklanan.
Pandangan mereka sangat penting kerana golongan milenial merupakan segmen berkembang dalam persekitaran digital ini dan merupakan pasaran generasi terbesar di dunia dengan kuasa pembelian yang besar.
Sosial media dan pengiklanan dengan hampir 3.5 bilion pengguna media sosial di seluruh dunia, atau kira-kira 45 peratus daripada populasi dunia, media sosial membuktikan kemampuan untuk menjangkau individu di hampir semua segmen pemasaran yang wujud.
Secara semula jadi pertumbuhan media sosial menarik perhatian pengamal pengiklanan berusaha untuk mempromosi dan meningkatkan jenama melalui kekuatan media sosial dengan menyasar kankandungan jenama tertentu kepada pengguna sasaran yang tepat.
Sehingga Januari 2020, seramai 4.54 bilion penduduk seluruh dunia menggunakan internet, dengan lebih kurang 3.8 bilion orang yang terlibat di media sosial secara aktif, mencapai tahap penembusan sekitar 49 peratus.
Lebih daripada 90 peratus jenama menggunakan lebih daripada satu rangkaian media sosial untuk pengiklanan, dan syarikat proaktif dalam menggunakan strategi dan taktik media sosial.
Masih nak iklan cara tradisional? Tepuk dada tanya selera. Jangan terlepas pelanggan generasi melenial yang berada di media sosial.
Pada 17 hingga 19 Disember 2021, RichWorks dah menganjurkan Workshop Kuasai Social Media (WKSM). Medium untuk anda kuasai strategi asas pemasaran online di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, TikTok, YouTube dan LinkedIn secara zero kos.
Anda mahukan lagi workshop ini pada 2022?
1 Comment
Mahu! Mahu! Mahu!