Ada Stokis Dan Ejen? 8 Tips Untuk Anda Rekrut

tips rekrut stokis dan ejen

Orang lain ada stokis dan ejen, anda pun nak ada stokis dan ejen. Orang lain buat seminar untuk stokis dan ejen, anda pun teringin nak buat juga. Tapi, adakah anda tahu kenapa perlunya stokis dan ejen? Mana nak cari stokis dan ejen? Stokis dan ejen adalah satu cara untuk kita mengedarkan produk kita dengan lebih luas dan cepat.

Anda rasa mana lagi cepat samada kita berniaga seorang diri, buka kedai 24 jam sehari, atau dengan ada berpuluh stokis dan beribu ejen? Mungkin ada antara anda yang selalu tengok dan baca kisah kejayaan peserta program kami dan anda tertanya-tanya, macam mana mereka boleh buat jualan tinggi setiap bulan, kan?

Rahsia yang bukan lagi rahsia, sebab mereka ada sistem stokis dan ejen. Kami nak kongsi dengan anda bagaimana anda boleh cuba nak dapatkan stokis dan ejen ni ye. Ilmu ini hanya untuk anda yang serius nak bina kewangan dan nak bina bisnes sehingga menjadi lebih besar dengan jualan bertingkat-tingkat.

Sharekan dengan kawan-kawan ye.

8 tips nak rekrut stokis dan ejen:

1. Buat Seminar.

Salah satu cara nak dapatkan stokis dan ejen ialah dengan buat seminar. Dalam seminar atau program yang anda buat, anda perlu pandai nak beritahu mereka apa kebaikan produk, bagaimana produk boleh membantu orang ramai, bagaimana dengan menjadi stokis dan ejen anda boleh bantu mereka jana pendapatan.

Anda boleh pilih satu hari, satu lokasi, sediakan isi kandungan seminar anda, cari jurucakap atau anda sendiri pun boleh, jadi jurucakap dan sediakan apa faedah yang mereka akan dapat dengan menjadi stokis dan ejen anda. Tak perlu bermula besar sebagai permulaan, buat je dulu.

2. Bagi Free Sample.

Macam mana orang nak jadi stokis dan ejen, jika mereka tak tahu apa kebaikan produk anda? Mereka perlu diyakinkan bahawa produk anda ada banyak kebaikan dan anda ada plan untuk bantu mereka jana pendapatan dengan menjadi sebahagian dari team anda untuk berkongsi kebaikan produk.

Jadi, anda boleh cuba bagi sample percuma kepada mereka untuk dicuba. InsyaAllah, jika produk anda memang bagus, anda tak payah risau dan tak payah tunggu lama, pasti ada orang yang suka nak tolong berkongsi kebaikan produk anda dengan lebih ramai orang.

3. Ajak Pengguna Tegar.

Cuba anda cek, ada tak antara anda memiliki pengguna yang selalu menggunakan produk anda? Ada tak pengguna yang selalu ‘repeat order’? Kan bagus kalau anda dapat bantu mereka juga mulakan bisnes dengan menjadi stokis dan ejen anda.

Alang-alang mereka pun dah pakai dan dah tahu kesan serta kebaikannya. Apa kata ajak mereka kongsikan dengan lebih ramai orang tentang kebaikan produk. Takda lah anda asyik nak harapkan pembelian dari mereka sahaja.

4. Buat Pertandingan.

Anda boleh juga buat pertandingan mudah di media sosial anda dan tawaran hadiahnya adalah peluang menjadi stokis atau ejen dengan hadiah stok barang dengan satu nilai yang mampu anda berikan.

Mungkin hadiah hanya terhad kepada beberapa pemenang, tetapi ini adalah sebahagian dari cara untuk anda menarik minat dan beritahu orang bahawa anda sedang membuka peluang untuk mencari stokis dan ejen.

5. Buka Tawaran.

Ini paling mudah. Buka saja tawaran untuk menjadi stokis dan ejen. Sebelum itu, anda dah perlu kenalpasti apa faedah yang mereka akan dapat bila jadi stokis atau ejen anda. Anda perlu tahu apa yang anda nak tawarkan.

Pastikan tawaran anda menarik dan boleh membantu mereka untuk satu jangkamasa. Kesilapan ramai peniaga ialah nak bina sistem stokis dan ejen tapi tak tahu apa faedah yang boleh diberikan selain dari keuntungan bisnes.

Fikirkan apa lagi insentif yang bakal mereka perolehi. Anda juga perlu tahu cara nak uruskan mereka dan jangan biarkan mereka lemau dan berkeliaran tanpa arah tujuan.

6). Buka Kelab Keahlian.

Kadang-kadang, manusia ni nak sedikit eksklusif atau keistimewaan. Mereka mahu disinonimkan dengan sesuatu kumpulan elit.

Jadi, apa kata anda cuba tubuhkan satu kumpulan atau buka membership atau kelab keahlian kepada pelanggan anda yang berminat nak jadi stokis dan ejen.

Anda mungkin boleh tawarkan sedikit insentif, diskaun harga, adakan aktiviti dan macam-macam lagi yang boleh menjadi satu platform untuk mereka rasa mereka berada dalam satu kumpulan yang istimewa.

7. Iklankan.

Mudah saja! Iklankan saja. Anda dah tahu ilmu nak buat iklan dan nak buat pemasaran kan? Betul kan? Jadi bolehlah gunakan ilmu pemasaran yang anda tahu untuk buat iklan samada secara online dan offline.

Gunakan database yang ada, jemput mereka yang berminat untuk sertai anda. Atau boleh guna FB Ads, posting di media sosial dan macam-macam cara lagi.

8. Jenamakan Sebaiknya.

Jika produk anda dah ada jenama yang baik, packaging yang cantik, nama yang bagus, kebaikan produk pun dah terbukti dengan banyak testimoni dan result yang baik dari pelanggan, tak susah untuk anda nak cari stokis dan ejen.

Ianya akan bantu orang lebih berminat nak mulakan bisnes dan nak tinggikan pendapatan dengan menjadi stokis dan ejen anda. Kami harap perkongsian ini membantu.

Artikel terbaru

3 Comments

Leave a Reply