“Eh, sms apa pula ni? Oh, butik Kak Leha ada promosi rupanya. Nanti nak pergi beli lah”
Selalu kan anda terima mesej macam ni. Biasanya mereka akan sms pelanggan untuk maklumkan promosi, new product dan sebagainya. Macam mana mereka ni dapat nombor telefon anda?
Tak ingat ke, dulu anda pernah isi borang untuk dapatkan cabutan bertuah. Atau time tu, anda nak dapatkan kad diskaun. Anda kan isi nama, nombor telefon dan alamat emel. So, dari maklumat tersebut la mereka dapat nombor telefon anda. Maklumat yang anda isi tadi dah disimpan dalam database peniaga tersebut.
Amacam? Dah ingat?
Sekiranya anda berniaga, anda juga boleh sms pelanggan anda. Tapi, sebelum tu anda kena dapatkan database mereka dahulu. Nak dapat database ni, anda boleh buat cabutan bertuah, bagi eBook percuma, buat survey dan sebagainya.
Kami akan kongsikan manfaat yang anda akan dapat bila buat marketing dengan cara sms pelanggan anda.
4 manfaat SMS pelanggan anda:
1. Teknik komunikasi yang cepat
Setiap sms yang dihantar kepada pelanggan hanya mengambil masa beberapa saat untuk dihantar dan sampai kepada penerima. Apa yang bestnya, majoriti pengguna telefon akan bawa telefon mereka ke mana sahaja mereka pergi. So, amat mustahil untuk mereka tidak menerima mesej anda. Ia tak sama seperti whatsapp.
Kalau whatsapp, hanya pengguna yang ada aplikasi tersebut akan dapat mesej anda. Ini bermakna, mereka akan cenderung untuk buka dan baca mesej tersebut dalam masa yang singkat. Betul ke betul?
2. Platform yang flexible
Anda boleh pilih samada nak hantar sms kepada target pelanggan sahaja atau ke semua nombor pelanggan yang ada dalam database anda. Sekiranya anda bijak dalam gunakan kata-kata promosi dalam sms tersebut, anda boleh pujuk mereka untuk baca sampai habis dan menarik mereka untuk guna produk anda.
Anda juga boleh update mereka dengan quotes atau reminder. Jadi, ia sangat flexible untuk digunakan dan dihantar kepada pelanggan anda.
3. Mesej yang pendek dan padat
Perasan tak bila anda dapat sms promosi ni, ayat yang mereka gunakan cukup pendek tetapi sangat padat. Ia adalah suatu yang mencabar untuk dapatkan ayat yang pendek ini, tapi pelanggan masih lagi tahu apa yang anda nak sampaikan.
Biasanya, marketing menggunakan sms ini akan gunakan ayat yang tak lebih dari 160 patah perkataan sahaja. Jika anda nak hantar sms promosi, anda tak perlu nak guna ayat yang panjang-panjang. Cukup ayat yang straight to the point. Anda boleh masukkan link atau maklumat yang anda nak sampaikan sahaja.
4. Menjimatkan masa
Semua orang tahu, masa adalah emas. Tambahan pula kepada seorang ahli perniagaan. Mereka tiada masa untuk main-main kerana, setiap masa yang mereka bazirkan, mereka telah hilang banyak peluang dalam bisnes.
Dengan sms marketing, anda telah jimatkan banyak masa anda. Ini kerana, anda hanya cakap apa yang perlu sahaja. Ia suatu proses yang mudah dan sangat senang. Bila anda dah jadualkan masa yang sesuai untuk menghantar sms, anda boleh teruskan kempen pemasaran SMS yang lain untuk masa akan datang.