Pernah kan anda lihat peniaga yang iklankan bisnes mereka di surat khabar. Biasanya, hanya syarikat-syarikat yang besar iklankan bisnes mereka dengan beli ruangan di surat khabar.
Ataupun peniaga yang ada modal lebih. Mereka akan gunakan platform ni untuk perkenalkan produk terbaru mereka.
Bila anda iklankan di surat khabar, banyak manfaat yang akan anda peroleh. Pasaran akhbar ni sangat luas, bukan sahaja di bandar-bandar, tapi di kampung-kampung juga ada yang membaca akhbar.
Orang yang baca akhbar ni pun, bukan yang bekerja saja, malah budak sekolah, pelajar universiti, bahkan mak dan ayah kita yang dekat kampung pun baca akhbar.
Kalau anda makan di kedai mamak pun, mereka juga ada sediakan surat khabar. Sambil tunggu makanan sampai, anda boleh baca berita-berita menarik di akhbar. Betul ke betul?
3 kelebihan pengiklanan di surat khabar:
- Lokasi iklan yang mudah dilihat
Apabila anda iklankan produk anda di akhbar, ia mudah untuk dilihat oleh para pembaca akhbar.
Tak kiralah iklan anda kecil atau besar, setiap orang yang baca akhbar tersebut, pasti akan nampak. Sekiranya anda iklankan di akhbar berbahasa melayu, seperti Berita Harian atau Kosmo, hanya pembeli akhbar tersebut akan nampak iklan anda.
Jika anda nak orang lebih nampak iklan anda, pilih lokasi yang strategik. Dan harga bagi lokasi tersebut juga adalah berbeza termasuk saiz iklan anda. Faham ke faham?
- Pilih target pembaca anda
Setiap akhbar, target pembacanya adalah berbeza. Contohnya, akhbar seperti Kosmo dan Harian Metro lebih kepada headline yang ringan dan santai. Ia banyak dibaca oleh golongan muda yang nak tahu pasal hiburan, lifestyle dan berita terkini.
Manakala akhbar seperti Berita Harian lebih kepada kupasan berita semasa, ekonomi dan politik. Ia sesuai dibaca oleh golongan yang bekerjaya dan para pelajar.
Jadi, sebelum anda nak iklankan produk anda, anda kena tahu akhbar mana yang sesuai untuk anda.
- Untuk memberitahu
Biasalah peniaga akan iklankan produk mereka bila ada sesuatu yang baru nak dilancarkan. Contohnya anda berniaga perfume dan ia bakal keluar dengan wangian yang baru.
Jadi, anda iklankan perfume anda untuk memberitahu kepada semua orang anda akan keluarkan produk baru. So, bila mereka lihat iklan ni di akhbar yang anda keluarkan, mereka akan tahu. Dan akan cari di pasaran untuk dapatkannya.
Teknik pengiklanan di akhbar merupakan salah satu bentuk komunikasi antara anda dan pelanggan anda. Setuju ke setuju? Ia juga membawa pesanan anda untuk masyarakat secara tersirat.