7 Cara Guna Bakat Yang Ada Untuk Mulakan Bisnes

Bakat yang ada

Zarif dan Akmal duduk di tepi padang futsal sambil lap-lap peluh. Hati mereka puas. Game hari ini sangat best!

Mereka tak tahu pun yang tiba-tiba mereka boleh terjoin kumpulan lain yang tak cukup kaki nak main futsal. Dahlah yang main tu semuanya senior-senior belaka. Bolehlah mereka tunjuk skill.

“Korang ada bakat dan pandai main futsal. Selalu training ke? Apa kata korang bukak kelas futsal?” Cadangan abang yang baru mereka kenal tadi buatkan Zarif dan Akmal tersengih-sengih.

“Takde modallah bang.” Zarif garu-garu kepala yang tak gatal. Akmal berbisik dalam hati, ada logiknya juga kata-kata abang tu.

Nak mula bisnes mesti ada duit kan, mesti ada office atau kedai kan, mesti ada staff kan..kan…kan?

Zarif dan Akmal pandang sesama sendiri. Macam mana nak start?

7 cara guna bakat mula bisnes:

  1. Apa Minat Anda.

Senang saja Zarif dan Akmal… Ramai antara kita tak tahu bahawa dengan bakat kita boleh mulakan bisnes.

Apa yang perlu anda buat ialah kenalpasti minat anda. Apa benda yang anda rasa anda lebih bagus dari orang lain. Apa benda yang anda sangat minat hinggakan tak dibayar pun anda sanggup buat?

Senaraikan semuanya ye..

  1. Kenal Pasti Bagaimana Minat Anda Boleh Bantu Orang Lain.

Banyak sangat minat? Tak tahu mana satu yang anda boleh gunakan untuk bisnes? Hmmm…susah jugak ni.

Apa kata fikirkan minat dan bakat yang boleh bantu lebih banyak orang. Contoh, jika anda pandai main futsal atau ahli sukan anda mungkin boleh mengajar orang bersukan dan ini akan bantu mereka lebih sihat.

Jangan fikir sangat tentang untung, fikirkan apa yang anda ada untuk bantu hidup orang lain

  1. Promosi Guna Online.

Ha…. ini penting!
Bagus macam mana pun diri anda, berbakat macam mana pun, tak akan ada gunanya jika anda tak beritahu orang lain tentang kemahiran anda dan bagaimana anda boleh bantu mereka.

Gunakan media sosial untuk promosikan bakat anda. Bina online presence dan jadikan lebih ramai orang tahu tentang bakat dan kemahiran yang anda ada.

  1. Bagi Sesi Percubaan Percuma.

Perkara penting bila berniaga guna bakat ialah untuk yakinkan orang bahawa anda berbakat!

Ramai orang claim mereka berbakat, tapi bila minta tunjukkan semuanya ke laut. Jadi anda boleh bina keyakinan orang dengan berikan beberapa sesi atau kelas percuma.

Anda lihat hasilnya dan jika berjaya anda boleh ambil video testimoni dan jadikannya sebagai bukti bahawa bakat dan kemahiran anda dah bantu mereka.

  1. Sediakan Pakej Berbeza.

Betul!!
Bila nak bisnes akan ada orang kata servis kita mahal. Cakap kepada mereka, ” nak boleh ambik, tak nak sudah! Next…!”

Hehehe… jangannnn.

Apa kata anda tawarkan pakej yang berbeza kepada mereka. Contoh, adakan pakej kelas asas, pakej kelas lanjutan sebagainya. Jadi mereka dapat ikut kelas anda berdasarkan budget dan tahap yang mereka mahukan.

  1. Guna Referral.

Referral boleh dibuat dengan cara meminta mereka yang berminat mengajak kenalan mereka untuk sertai kelas anda. Lebih-lebih lagi jika servis yang anda beri bagus dan anda nampak progress dan result terhasil.

Guru-guru mengaji banyak gunakan kaedah ini. Anda mungkin boleh beri sedikit imbuhan kepada yang merujukkan diri anda kepada pelanggan anda

  1. Terus Buat Sampai Dapat.

Jangan harap anda boleh terus gunakan bakat dan kemahiran anda dan sekelip mata boleh berjaya bina bisnes. Ianya satu proses.

Teruskan buat promosi dan jangan lupa untuk tambah ilmu sendiri supaya anda menjadi pakar dalam bidang anda.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply