Apa yang halang anda? – Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Apa yang halang anda

“Kalau mereka (usahawan jutawan) boleh, apa yang menghalang anda? Kenapa anda tak boleh?,” soal Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No.1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Menurutnya, usahawan jutawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) mengalami perubahan bila ada impian disusuli dengan ‘nak’ yang sangat tinggi membuatkan adanya tindakan berterusan selain daripada ilmu, strategi yang betul dan terbukti ada ‘results’.

Katanya, mereka ini komited, nak belajar, dengar cakap dan sanggup keluar daripada zon selesa untuk mencapai apa yang tak biasa capai.

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

“Ramai orang ada impian, namun ada dua jenis orang iaitu mereka ada niat untuk jadikan ia kenyataan manakala kedua pula skeptikal dengan potensi untuk capainya.

“Jenis kedua ini ramai dan saya sendiri sebelum ini salah seorang sangsi, tak percaya dan yakin dengan potensi diri sendiri,” katanya ketika perkongsian sebelum mula hari terakhir Titan Summit 2021 pada 26 September lalu.

Himpunan 100 Usahawan Jutawan RichWorks bagi sedikit sebanyak menyumbang lagi kepada anggota masyarakat terutama bangsa usahawan dan negara.

Seramai 100 usahawan jutawan dari lebih 20 industri berkongsikan perjalanan jatuh bangun mereka termasuk tindakan berdepan cabaran krisis pandemik pada waktu ini secara virtual dan percuma buat orang ramai khususnya bangsa usahawan.

Tambah beliau, usahawan jutawan itu juga asalnya banyak tak percaya dengan diri dan hidup dalam kesusahan namun ada seseorang atau sesuatu berikan inspirasi kepada mereka.

“Anda jenis orang yang mana? Nak jadikan impian sebagai kenyataan atau letak banyak senarai alasan kenapa tak boleh.

“Anda sendiri perlu pilih nak jadi jenis orang yang mana,” ujar beliau lagi.

Apa yang halang anda?

Datuk Wira Dr. Azizan memberitahu, RichWorks sangat percaya bahawa semua orang berpotensi untuk berubah dan berjaya.

“13 tahun kami telah mengajar, membimbing, melihat transformasi dan perubahan ribuan bangsa usahawan dari tak ada apa-apa serta tak pandai berniaga.

“Tapi bila diri sendiri buat keputusan nak dibimbing dan komited, satu persatu mula berubah dalam hidup mereka,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada anak didik dalam bimbingan secara dekatnya yang buat perkongsian, memberikan inspirasi kepada ramai orang di luar sana selama 3 hari.

“Mereka transformasi kehidupan dari susah kepada senang, capai impian-impian dan membahagiakan orang lain malah sumbangkan kembali kepada masyarakat dan negara.

“Kalau mereka boleh alami perubahan dan transformasi dengan komited, kenapa anda tak boleh? Jom make Malaysia great again,” ujarnya lagi.

Bagi bangsa usahawan yang nak menyaksikan perubahan dan membina bisnes berjaya, boleh layari richworks.com atau hubungi terus Team RichWorks di talian 019-2442244.

Artikel terbaru

1 Comment

  • dalam pembacaan ini saya mendapati bahawa banyak lagi perkara yang perlu saya amati dan fahami berkenaan dengan bagaimana untuk meningkatkan diri untuk menghadapi masalah dan halangan ada dalam perniagaan.

Leave a Reply