98% usahawan ada masalah nak dapatkan pekerja mahir!
Kenapa ye? Kan ramai je orang yang tak bekerja di luar sana? Betul, masalahnya bukan pada pekerja tapi pada usahawan itu sendiri.
Usahawan selalunya nak pekerja yang masuk-masuk pejabat sahaja dah mahir semua perkara. Bagi satu line arahan, dah boleh buat semua kerja…mana boleh macam tu. Nak dapatkan pekerja mahir ada proses-prosesnya.
Tak semestinya anda dapat pekerja berpengalaman dan berpendidikan anda akan terus dapat pekerja mahir, kadang-kadang yang tak ada pendidikan tinggi sangat pun kalau dibentuk sebaiknya, mampu bantu anda menjalankan perniagaan.
Kami akan kongsikan dengan anda 5 cara untuk anda dapatkan pekerja mahir. Ini penting untuk panduan anda, usahawan yang tengah terkial-kial uruskan bisnes seorang diri.
Ramai peniaga yang hidupnya tunggang langgang kerana uruskan sales yang meningkat seorang diri, maka dari situlah perlu ada ilmu bagaimana nak dapatkan pekerja mahir.
5 teknik dapatkan pekerja mahir dan ahli team yang power:
- Fahamkan mereka dengan visi dan misi syarikat.
Ramai usahawan berniaga tanpa visi. Ada yang visinya hanya untuk nak buat duit. Kalau anda usahawan yang macam ni, maka staff anda pun akan hilang arah tujuan.
Usahawan perlu ada visi yang jelas dan fahamkan kakitangan tentang visi tersebut. Supaya anda dan mereka dapat sama-sama saling membantu untuk mencapai misi syarikat.Visi syarikat ni ialah diibaratkan sebagai matlamat ke mana anda dan kakitangan nak bawa syarikat anda.Usahawan yang tiada visi ibarat nakhoda kapal yang berlayar bersama anak-anak kapal tapi tak tahu nak berhenti kat pelabuhan mana. Kan penat tu?
- Bantu mereka capai impian mereka.
Ini memang pelik sikit, tapi bila anda tahu apa impian kakitangan anda, dan anda dapat tunjukkan visi yang jelas untuk bantu mereka capai impian mereka, InsyaAllah mereka akan bantu anda capai visi syarikat.
Anda patut ada lebih komunikasi dan beri lebih perhatian kepada kakitangan anda. Kakitangan bukan sekadar datang kerja untuk dapat gaji bulanan tapi anda perlu fahamkan mereka bahawa dengan bekerja bersama anda, mereka dapat membantu lebih ramai orang lain menikmati manfaat dari perniagaan anda dan dapat membantu lebih ramai orang.
Bila mereka dah nampak ‘purpose’ atau tujuan mereka berada bersama anda, baru mudah untuk anda gilap bakat mereka.
- Sediakan latihan yang berterusan.
Tanpa usaha nak belajar dan majukan diri sendiri, mereka akan terus lemau dan selesa dengan keadaan mereka sekarang. Mereka dah rasa okay dengan kerja yang mereka buat.
Mereka hanya mengejar peluang yang terbentang di depan mata tanpa ada minat nak tingkatkan diri dahulu dan perbaiki kelemahan diri.
Untuk membina pasukan yang penuh dengan tenaga mahir, anda boleh buat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti kem jati diri dan sebagainya. Dengan aktiviti ini, minda mereka akan terbuka lebih luas selain dapat hilangkan tekanan kerja.
- Lead by example.
Anda boleh jadikan kepimpinan anda sebagai teladan kepada para pekerja. Serlahkan aura anda sebagai ketua yang boleh dihormati dan disegani oleh semua pekerja.
Tunjukkan kredibiliti anda dengan memimpin sebuah organisasi bukan sahaja elok orang pandang kat luar, tapi cantik juga dari dalam.
Bila mereka tengok kepimpinan anda, cara anda bekerja dan usaha anda nak majukan lagi syarikat, pasti mereka akan jadikan anda contoh yang boleh diikuti.
- Saling memberi feedback.
Tu sebab kebanyakkan syarikat tak kira besar atau kecil, mereka buat penilaian prestasi kerja atau KPI. Ia untuk mengukur prestasi setiap kerja yang diberikan samada dapat capai target yang ditetapkan atau tak.
Sebagai ketua, anda boleh minta mereka jumpa anda untuk dapatkan feedback mengenai kerja mereka serta tahu di mana area kerja mereka yang cemerlang dan tempat yang harus diperbaiki lagi.
Selepas anda nilai prestasi mereka, tanyakan kepada mereka apa yang boleh anda lakukan untuk tingkatkan kemahiran kerja mereka.
Dengan ini, anda bukan sahaja jelas dengan kemahuan mereka, tapi anda juga boleh bantu pekerja anda dapatkan suasana kerja yang lebih baik. Ia juga untuk menggalakkan budaya dialog terbuka yang akan membuka ruang untuk pembangunan yang berterusan dari masa ke masa.
- Kembangkan lagi fikiran mereka.
“Think big, dream big, believe big and your result will be big”. Anda mungkin dah pernah dengar ayat ni kan? Bila anda bekerja, anda kena ada cita-cita dan impian yang anda nak capai. Sama juga bila anda ada bisnes sendiri dan punyai para pekerja yang membantu anda dari belakang.
Pasti anda ada target sendiri dan perkara yang anda nak capai dalam suatu tempoh masa. Jadi, anda akan perkuatkan pasukan tersebut untuk membantu anda mencapainya dengan asah lagi bakat mereka yang terpendam.
Selain itu, pastikan pekerja anda multi-tasking kerana jika anda kekurangan staff, ia tak akan menjejaskan kerja seharian anda.