Perbezaan Orang Kaya Dan Miskin? Apa Anda Boleh Belajar

Perbezaan orang kaya dan miskin

Apakah yang dilakukan orang kaya setiap hari berbanding orang lain setiap hari?

Mengikut penulis buku Rich Habits dan beberapa buku best-selling, Tom Corley dalam laman web RichHabits.net ada mengariskan beberapa perbezaan sikap atau tabiat oranjg kaya dan miskin yang mana boleh anda belajar sesuatu daripadanya.

Tujuan perkongsian artikel ini bukannya untuk merendahkan sesiapa namun ia sebenarnya dapat dijadikan sebagai pengajaran dan ikutan bagi seseorang itu mula berubah dan melakukan perkara yang dilakukan orang kaya dan berjaya ini.

Seperti Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman mengatakan bahawa untuk berjaya kita perlu ada prinsip ‘Be Do Have’ iaitu sebelum berjaya atau capai pun, anda anggap seperti sudah capai dan melakukan.

“Just believe it before YOU have it,” – Datuk Wira Dr. Azizan Osman

10 Perkara Orang Kaya Lakukan Setiap Hari

  1. 81% mengekalkan atau konsisten membuat ttd atau things to do mereka berbanding hanya 19% orang mskin melakukannya.
  2. 70% melakukan senaman 4 hari seminggu berbanding hanya 23% orang miskin melakukannya.
  3. 70% kurang makan 300 kalori makanan ‘tak berkhasiat’ atau junk food sehari. Sebaliknya, orang miskin pula makan lebih 300 kalori junk food sehari.
  4. 63% ibu bapa yang kaya membuat anak-anak mereka membaca sekurang-kurangnya 2 atau lebih buku bukan fiksyen sebulan berbanding hanya 3% ibu bapa miskin.
  5. 80% fokus dalam mencapai beberapa matlamat utama. Bagaimanapun, hanya 12% orang miskin hanya berbuat sedemikian.
  6. 67% menulis impian mereka vs hanya 17% orang miskin bertindak sedemikian.
  7. 88% memperuntukan masa membaca 30 minit atau lebih lagi setiap hari bagi pendidikan atau bagi kerjaya/bisnes vs hanya 2% orang miskin buat perkara sama.
  8. 86% suka membaca vs hanya 26% orang miskin suka membaca.
  9. 86% yakin dengan pendidikan sepanjang hayat bagi pembangunan diri vs hanya 5% orang miskin ada keyakinan sedemikian.
  10. Hanya 6% menonton TV 1 jam atau lagi kurang vs 78% orang miskin melakukan yang sama.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply