“Packaging yang ni lagi cantik dari yang dulu la”
Ni la orang cakap inovatif. Beri kelainan pada produk yang sedia ada. Contohnya, awak tu berniaga produk makanan yang dalam bentuk packaging. Dulu packaging produk awak tak berapa nak cantik, info bisnes pun tak berapa nak lengkap lagi.
Jadi, dah tahun 2021 ni, awak ubah la packaging produk tu dengan innovate logo ke, bagi sinar yang baru sikit. Tak pun, innovate rekaan packaging tu biar ada perubahan.
Sebenarnya, inovatif ini kena ada dalam setiap bisnes. Bukan apa, setiap perkara kena ada pembaharuan. Masa berubah, hidup anda berubah, tak kan tak nak buat perubahan pada bisnes. Bila bisnes anda ada perubahan, barulah orang nampak yang bisnes anda ada kemajuan. Jom kita jenguk sikit kenapa inovatif ni boleh jadi punca kejayaan dalam bisnes.
3 kelebihan inovatif dalam bisnes:
- Nak Berbisnes, Kena Kreatif Dan Inovasi
Anda tahu, peniaga yang tak kreatif dan berinovasi ni, kebanyakkan dunia bisnes mereka duk dalam keadaan yang sama je dari dulu sampai sekarang. Contohnya mereka dah berniaga 2 tahun. Kalau mereka tak kreatif, produk yang mereka hasilkan adalah sama je dari 2 tahun lepas.
Jika mereka jual kerepek pisang masin manis, yang tu juga lah mereka jual sampai sekarang. Sekiranya mereka ni kreatif dan berinovasi, pasti kerepek pisang tu dah jadi kerepek pisang madu, kerepek pisang cheese, kerepek pisang sira dan sebagainya lah. Baru ada kepelbagaian dalam kerepek yang mereka jual tu.
- Meningkatkan Reputasi Bisnes
Kalau anda pandai berinovasi dengan produk anda, ia akan meningkatkan reputasi bisnes anda. Kita ambil contoh kerepek pisang tadi. Dekat Malaysia ni, berapa ramai yang jual kerepek pisang sama dengan anda? Tapi, apa yang buatkan kerepek pisang anda lain dari mereka.
Contohnya, anda kukus dulu sebelum goreng atau pisang tu, anda perap selama 2 jam baru goreng. Jadi, itulah yang buatkan kerepek pisang anda lain dari yang lain. Pelanggan akan tertarik dengan anda sebab kelainan yang anda beri kepada mereka. Kerana, resepi setiap peniaga adalah berbeza walaupun gunakan bahan yang sama.
- Untuk Atasi Pesaing
Ia juga merupakan cara terbaik nak atasi pesaing anda. Bila anda nak berinovasi dengan produk anda, jangan sampai identiti sebenar anda hilang. Kekalkan kesegaran bisnes anda seperti anda mula-mula berniaga dulu. Seperti kerepek pisang tadi, waktu anda mula-mula berniaga, pelanggan boleh rasai masin, manis dan pahit buah pisang. Tapi, bila anda dah guna resepi baru, semua rasa tu dah hilang.
Dan pelanggan pun terasa pelik bila makan kerepek pisang anda. Seperti ada sesuatu yang tak cukup dan terasa kehilangan. Jadi, jika anda nak berinovasi dengan kerepek pisang anda, pastikan anda masih lagi kekalkan identitinya yang dulu. Dengan cara ni, pelanggan akan terus setia dengan kerepek pisang anda, walau datang beratus peniaga yang berniaga kerepek pisang mereka.
Nak jadi peniaga yang sentiasa berjaya dan terus maju ke depan, anda kena terus siapkan diri anda dengan pelbagai ilmu pemasaran. Lagi bagus kalau ilmu tersebut datang dari seorang mentor yang sangat berpengalaman dalam dunia perniagaan.
2 Comments
Saya perlukan mentor untuk bantu saya dalam cabaran yang saya alami
Terima kasih atas comment anda. Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi pegawai kami di talian 0192442244.
Anda Kaya dan Berjaya!