Boleh Ke Bisnes Secara Sampingan Ini? 7 Tips Bisnes Sambil Kerja

boleh ke buat bisnes sampingan ini

“Syoknya bisnes sampingan (part time), gaji dapat, untung bisnes pun dapat.”

Dalam keadaan krisis pandemik dengan ekonomi yang tak menentu ini, ramai orang yang nak berbisnes sambil bekerja. Lebih-lebih lagi kalau kita berada di pejabat atau kilang atau kawasan kerja yang ramai orang yang, semua pun kita akan lihat sebagai prospek perniagaan kita. Macam lubuk bisnes pulak jadinya.

Tak salah untuk berniaga sambilan, tapi anda perlu tahu anda perlu cekap dan jangan sampai mengabaikan tugas harian. Ada sesetengah tempat kerja sangat menghalang pekerjanya terlibat dengan aktiviti perniagaan.

Untuk permulaan, anda bolehlah berniaga sambil bekerja, tapi perlu ikat perut dan buat simpanan yang banyak (sekurang-kurangnya 6 bulan gaji) sebelum anda dapat berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa dengan lebih selesa. Kami kongsikan dengan anda 7 Tips Bisnes Sambil Kerja. Semoga jadi inspirasi dan panduan untuk anda.

7 tips lakukan bisnes sampingan sambil bekerja:

1. Pilih Jenis Bisnes Yang Tak Ganggu Kerja.

Mulakan dengan yang ringan-ringan dulu! Kita dah lah tak biasa nak berniaga, lepas tu nak berniaga sambil kerja pula tu. Besar tanggungjawabnya. Jadi kita mulakan dengan yang mudah-mudah dulu.

Mungkin boleh jadi agen tudung atau produk kecantikan, atau nak jual breakfast kuih muih/nasi lemak atau jual kerepek. Apa sahaja yang tak memerlukan modal yang besar atau tak memerlukan anda perlu bersusah payah.

Jika jual nasi lemak atau kuih muih breakfast, anda hanya jual pada waktu pagi sahaja. Jika jual kerepek, mungkin anda boleh upah kakak “tea lady” untuk jagakan untuk anda. Buat sesuatu yang simple.

2. Mesti Sanggup Korbankan Masa.

Semua manusia ada 24 jam. Ada orang memanfaatkan 24 jam ini sehingga jadi jutawan, ada orang tak buat apa-apa dengan 24 jam yang ada. Anda? Bekerja dan berbisnes dalam 24 jam yang ada adalah sangat memenatkan.

Anda mungkin perlu korbankan waktu rehat dan tidur kerana di saat orang lain santai-santai tengok tv atau tidur, pada masa itulah anda akan busy buat persediaan untuk bisnes part time anda.

Kalau anda berniaga online, waktu malamlah waktu yang sesuai untuk anda cek balik order dan pertanyaan yang anda terima, jika anda berniaga makanan, waktu malam atau awal pagilah waktu yang sesuai untuk anda membuat persediaan dan memasak makanan.

Jangan ganggu waktu kerja dengan berbisnes, itu tak baik namanya. Tak berkat gaji yang anda dapat nanti.

3. Jadualkan Posting.

Jika anda berniaga online, dan anda ada FB Page, anda perlu pandai jadualkan posting-posting anda. Sediakan posting anda awal-awal dan jadualkannya. Anda perlu lakukan ini setiap hari, tanpa henti.

Kerana posting anda ialah engagement anda dengan prospek dan pelanggan. Mungkin anda tak boleh buat ‘live video’ pada waktu anda bekerja jadi anda boleh je rekod dulu video tersebut dan jadualkannya.
 

4. Lantik Pembantu Untuk Layan Pertanyaan/Order.

Anda juga boleh lantik saudara mara, atau kenalan untuk bantu jadi admin page anda.

So pada waktu anda bekerja pembantu anda ini boleh tolong layan PM, WhatsApp, Telegram, DM dan segala bentuk komunikasi di media sosial.

Taklah anda risaukan pelanggan akan lari bila anda hanya boleh layan mereka pada waktu malam sahaja.
 

5. Lantik Runner.

Ini penting! Anda tak mungkin mampu nak berada di dua tempat pada satu-satu masa. Apa kata anda lantik seorang runner untuk bantu anda buat penghantaran barang.

Penghantaran barang bukan sahaja bermaksud anda hantar barang ke kawasan terdekat tapi juga untuk bantu anda berurusan dengan Pejabat Pos atau lain-lain perkhidmatan penghantaran yang besar.

Runner anda juga boleh membantu anda untuk buat tugasan lain seperti ambil stok, pembayaran bil, dan lain-lain lagi. Jika anda berniaga sambil bekerja, tanpa bantuan runner…anda boleh kejung sendiri nanti.

6. Jadualkan Masa Untuk Belajar Atau Lantik Agen.

Banyak perniagaan ditimpa masalah bila peniaga tidak ada masa untuk upgrade ilmu dan tak turunkan ilmu kepada stokis, agen dan dropship. Ramai juga peniaga yang gagal untuk meluangkan masa untuk berhubung dengan stokis, agen dan dropship.

Inilah akan jadi punca stokis, agen dan dropship anda lari kepada bisnes lain. Anda tak luangkan masa untuk bersama dan mendidik mereka.

Oleh kerana anda masih lagi bekerja, anda kena pandai bahagikan masa, mungkin beberapa kali seminggu untuk berhubung dengan mereka. Jangan lupa, anda juga perlu cari masa untuk upgrade ilmu anda sendiri.

7. Jangan Salah Guna Waktu Kerja.

Kesalahan utama bagi orang berbisnes sambil bekerja ialah mengabaikan tugas di tempat kerja sebab nak berniaga. Jadi anda perlu bijak nak settlekan urusan kerja tanpa mengabaikan perniagaan anda.

Jika anda betul-betul berminat untuk berniaga dan anda rasa perniagaan anda boleh pergi jauh, set satu target bila anda mahu berniaga sepenuh masa, pastikan simpanan anda cukup dan yang penting pastikan anda ada cukup ilmu untuk menjalankan perniagaan, memasarkan perniagaan dan menguruskannya dengan lebih sistematik.

Ingat, kita berniaga bukan setakat untuk cari wang dapur tetapi untuk lebih memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan orang sekitar.

Artikel terbaru

Leave a Reply