Kita semua pasti mahu kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat kelak. Kita nak gembira dan menjadi orang yang penting dalam bidang masing-masing.
Apakah kunci untuk mendapatkan kejayaan?
Rasanya pasti anda biasa dengar bahawa kunci-kunci kejayaan seperti konsisten, perancangan, kerja keras dan lain-lain.
Namun kali ini, kami akan menumpukan kepada satu kunci penting yang membolehkan anda berjaya atau tidak iaitu orang yang disekeliling anda.
Jika anda mahu menjadi seorang yang bagus, berada dikalangan orang yang bagus.
Pengajaran di sini adalah bila anda berada bersama dengan orang positif yang dapat membangunkan diri, maka tiada had potensi anda untuk maju ke depan.
Bagaimanapun, kejayaan juga perlunya tindakan, kesungguhan dan ilmu bagi mencapai apa diimpikan.
Terdapat 3 jenis orang yang penting:
Tidak kira berapa ramai kawan rapat anda dalam rangkaian anda. Jika anda nak menjadi seorang yang hebat maka anda perlu ada 3 jenis orang ini dalam hidup:
- Seorang yang lebih berusia dan berjaya daripada anda untuk belajar daripadanya.
- Seorang yang sama tahap dengan anda untuk bertukar idea dan pandangan dengannya.
- Seorang yang berada di bawah anda untuk dibimbing dan mengekalkan semangat anda.
Setiap orang yang hebat akan berjaya kerana siapa yang berada di sekeliling mereka. Mereka akan memberikan impak dengan menjadi sumber inspirasi dan persaingan yang sihat.
Justeru itu, jika anda nak menjadi seorang yang hebat, sentiasa cabar diri dan berada di keliling orang yang hebat dengan kata lain circle anda.
Jadi cuba fikirkan apakah goal anda, dan lihat di sekeliling anda.