Bila fikir untuk menjadi seorang jutawan, rasa seperti mustahil saja, sangat jauh buat kebanyakan daripada kita.
Bagaimanapun, sebenarnya ia tidaklah mustahil. Jika anda mempunyai sikap yang betul dan strategi yang betul untuk menjadi seorang jutawan.
Malah, perubahan mindset atau pemikiran yang betul merupakan kunci untuk menjadi jutawan dan langkah untuk perjalanan anda untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.
Sehubungan itu, kali ini kami ingin kongsikan beberapa fakta mengenai jutawan yang mungkin anda tidak ketahui daripada kajian dibuat mengenai jutawan-jutawan ini.
Fakta-fakta ini nanti boleh anda gunakan sebagai panduan untuk bagaimana nak menjadi seorang jutawan dengan melakukan seperti apa yang mereka lakukan. Pertamanya, lihat bagaimana untuk meningkatkan pendapatan dan untuk mengurangkan perbelanjaan.
7 fakta mengenai jutawan:
1/ Kebanyakan jutawan adalah usahawan, bekerja sendiri
Mereka merupakan seorang usahawan yang bekerja keras untuk mendapatkan pendapatannya. Mereka tidak menerima duit daripada keluarga yang kaya dan tidak daripada pekerjaan tradisional.
2/ Kebanyakan jutawan tidak berbelanja berlebihan dari pendapatan
Bila mereka berbelanja, kebiasaannya mempunyai tujuan untuk mengembangkannya melalui pelaburan.
Mereka memegang nilai kebebasan kewangan berbanding kekayaan material. Kebanyakan mereka tidak memberikan wang begitu saja kepada anak-anak sebaliknya mengajar bagaimana untuk menyimpan dan menjana wang.
3/ Mendukung mindset keusahawanan
Fokus kepada kerja yang anda suka dan lakukan bisnes dalam perkara itu. Sanggup mengambil risiko dan peluang bisnes yang ada.
4/ Melaburkan masa untuk mendapatkan wang
Kebanyakan usahawan melaburkan banyak masa untuk mengusahakan bisnes mereka. Hidup sebagai seorang jutawan bukannya bermalasan.
Sebab itu pentingnya untuk mencari sesuatu yang anda suka untuk menjadi seorang jutawan.
5/ Berbelanja secara berhemat
Kesilapan ramai orang yang menghalang untuk menjadi jutawan ialah dengan berbelanja secara membazir.
Kebanyakan jutawan fokus kepada kehidupan berkualiti yang mengikut tujuan berbanding menunjuk-nunjuk hasil kewangan yang dimiliki.
6/ Melabur wang secara bijak
Melaburkan kembali wang untuk menghasilkan wang. Mereka melakukan pelaburan jangka panjang dan pendek. Melabur ke dalam bisnes untuk mengembangkan kekayaan.
7/ Fokus kepada networth
Mereka lebih pentingkan soal networth berbanding pendapatan kerja. Belajar untuk ada pemikiran ini nuka anda mahu menjadi seorang jutawan.