“Tak nak dah beli dengan dia tu. Dah la lambat pos, barang tak berkualiti pula tu”
Anda nak ke orang cakap ayat macam ni lepas mereka beli barangan dari anda? Mesti tak nak kan? Kenapa ye ramai peniaga tak suka dengar ayat ni? Ianya berkaitan dengan reputasi bisnes anda.
Kerana, ayat-ayat ni boleh menjatuhkan reputasi anda sendiri. Kalau seorang saja yang cakap tak apa lagi, tapi kalau dah ramai yang cakap, lingkuplah bisnes anda nanti. Orang lebih sukar nak percayai bisnes anda. Jeng jeng jeng! Takut pula bila dengar ayat lingkup ni.
Anda gelisah dan nak tahu macam mana nak elaknya dari terjadi? Jangan risau la. Kami kan ada! Kami akan kongsikan dengan anda cara-cara terbaik untuk anda jaga reputasi bisnes anda. Semoga anda dapat praktiknya dalam bisnes anda dan boleh kongsinya bersama bisnes circle anda. Amacam?
5 cara terbaik untuk anda jaga reputasi bisnes:
- Kotakan kata-kata anda
Macam mudah dan senang je kan? Semua orang boleh berkata-kata, tapi berapa kerap je boleh buat apa yang mereka cakap. Ingat! Don’t speak, just act. Kalau anda nak reputasi anda sentiasa terjaga, bersih je tanpa sebarang noda, anda kena lah tunaikan apa yang anda buat.
Tak guna kalau iklan anda penuh dengan janji-janji manis, tapi realitinya habuk pun tak ada. Apa yang anda cakap atau iklan kan pada customer, itu yang akan anda buat bila mereka gunkan produk atau servis dari anda.
- Sentiasa tolong orang lain
Bila anda berniaga, secara tak langsung anda dah buka peluang pekerjaaan untuk orang lain. Tapi, selain tu, kalau anda nak jaga reputasi bisnes, anda boleh buat majlis amal seperti gotong royong, ziarah rumah anak-anak yatim atau rumah kebajikan orang tua, beri makan golongan gelandangan dan buat kebajikan dengan beri bekalan asas untuk pihak-pihak yang terpilih.
Sambil-sambil tu, anda boleh lekatkan poster jenama produk anda. Barulah orang tahu yang anda pemberi sumbangan tersebut. Anda juga boleh bekerjasama dengan pihak lain dalam memberi khidmat masyarakat ini.
- Kena konsisten
Jangan pula lepas je orang komen bisnes anda tak elok, anda ubahnya jadi elok. Bila dah lama sikit, dah tak ada orang komplen, mula lah perangai lama datang balik. Maksudnya, anda akan ubah bila ada orang komplen je. Ingat! Jika anda nak berniaga lama, anda kena konsisten dengan apa yang anda buat.
Bukan hangat-hangat tahi ayam je. Alang-alang anda dah ubah ke arah positif, baik anda terus kekalkannya. Jika anda terus kekal positif, pelanggan pun suka malah, mereka akan terus guna perkhidmatan dari anda.
- Buat beyond expectation
Pelanggan akan lebih suka jika mereka dapat lebih dari apa yang mereka bayangkan. Cuba anda bayangkan, anda pergi makan di restoran dan makanan di sana bukan sahaja sangat sedap, malah layanan dari staffnya memang tip top. Harganya lagi lah, sangat-sangat berbaloi untuk anda.
Jadi, anda bukan sahaja tak rugi, tapi ia melebihi dari apa yang anda jangkakan. Sangat pasti, anda akan recommend restoran tersebut pada ahli keluarga anda yang lain dan rakan-rakan anda juga. Betul ke betul?
- Jadi orang yang disukai
Jadilah peniaga yang disukai oleh setiap pelanggannya. Biar pelanggan rasa, servis anda adalah yang terbaik dalam kalangan peniaga lain. Pastikan mereka akan datang berulang kali ke kedai anda atau sentiasa repeat order dengan anda.
Bila pelanggan berpuas hati dengan layanan dan harga yang anda tawarkan kepada mereka, pasti ini yang mereka akan buat pada anda. Betul? Anda mungkin anggap ia perkara kecil, tapi bagi seorang pelanggan, senyuman anda, ucapan terima kasih dan sila datang lagi sudah cukup beharga buat mereka.
Kalau anda nak pelanggan sentiasa berpuas hati dengan servis anda dan dalam masa yang sama, ia boleh menjaga reputasi bisnes anda di mata pelanggan, anda boleh la cuba pakai perkongsian ini dalam bisnes anda.