Siapa Nak Berjaya? Anda Tak Perlukan 5 Perkara Ini Untuk Berjaya

Siapa Nak Berjaya

“Eh! Kedai sebelah dah buka cawangan baru lah. Nak kena buka juga ni”

Selalu tak anda ada perasaan macam ni? Anda tak perlu perkara ini pun untuk berjaya. Asyik nak ikut orang je. Orang buat sales, anda pun buat sales. Kalau orang turunkan harga barang, anda pun turut turunkan harga barang. Dah tak ada idea lain ke anda nak buat?

Anda kena lah ukur baju di badan sendiri. Sedar dengan kemampuan diri anda tu. Anda perlu tahu, nak jadi usahawan berjaya, ada sesetengah benda yang anda “tak perlu” ada pun sebenarnya.

Ni kami kongsikan dengan anda, 5 perkara yang anda “tak perlu” ada untuk jadi usahawan berjaya.

1) USAHAWAN BERJAYA TAK PERLU ADA DARAH KETURUNAN USAHAWAN

Semasa kami tampilkan Tuan Aiman Basuni, CEO Seri Keningau Sdn Bhd menjadi hotseat dan videonya naik ke Facebook kami, ramai orang komen “Dia bolehlah, mak bapak dah usahawan. Ambik je bisnes parents dan jadikan bisnes sendiri.Senang la..” Betul ke sesenang itu?

Anda tahu tak, anda tak perlu ada darah keturunan usahawan untuk jadi usahawan berjaya. Stop beri alasan. Kalau anda berketurunan usahawan pun, kalau malas, tak minat berniaga, tiada ilmu berniaga, anda rasa anda boleh uruskan perniagaan?

2) USAHAWAN BERJAYA TAK SEMESTINYA PERLU ADA KELULUSAN DARI “BUSINESS SCHOOL”

Pernah tak dengar kisah kejayaan orang yang tiada pendidikan atau tidak tamat pendidikan, tapi mampu bina perniagaan yang besar? Atau, pernah tak dengar cerita orang yang belajar bagus-bagus, kemudian buat perniagaan? Biasa kan?

Di dalam program kami, kami dah jumpa ramai usahawan berjaya yang tak tamat pelajaran tapi mampu buat jualan sehingga 6 angka sebulan.

Kami juga dah jumpa ramai yang lulusan dari bidang profesional lain, seperti jurutera, doktor, peguam dan lain-lain lagi yang akhirnya bertukar profession menjadi usahawan berjaya?

Tak dinafikan, ramai juga yang berkelulusan school of business yang sertai program kami dan belajar lebih lagi untuk jadi usahawan berjaya. Again, pokok pangkalnya anda nak atau tidak je..

3) USAHAWAN BERJAYA TAK PERLU BERMULA DENGAN BANGUNAN YANG MEGAH

Kadang-kadang kita terlampau terpengaruh dengan drama yang sering menunjukkan bahawa usahawan selalunya memiliki bangunan sendiri, kedai yang besar dan megah serta berlokasikan di kawasan ternama. Memang boleh, tak salah.

Tapi, yang bagusnya anda memulakan bisnes tanpa perlu menanggung hutang untuk memiliki pejabat atau kedai yang gah-gah, serta terletak di tempat-tempat ternama kerana ianya melibatkan kos yang tinggi. Anda kena fikir kos sewa kedai, kos utiliti dan kos pengurusan, kan banyak tu?

Anda tahu tak, dari program kami, ramai sangat usahawan berjaya yang kami hasilkan, yang hanya berbisnes dari rumah. Stok semuanya disimpan di dalam rumah lain, yang disewa dan dijadikan stor.

Dan lokasi pula di kawasan seperti Kinabatangan, Sabah, Sarikei, Sarawak, dan kawasan-kawasan yang tak semestinya elit dan ternama sangat. Yang penting bisnesnya jalan.

4) USAHAWAN BERJAYA TAK PERLU BERMULA DENGAN KILANG SENDIRI.

Memang tak dapat dinafikan, ramai orang teringin nak ada kedai sendiri, pejabat korporat sendiri dan kilang sendiri. Impian ramai orang adalah untuk ada bangunan sendiri dengan nama yang tersergam indah..bestkan?Tapi itu tak perlu sebenarnya.

Jika anda berniaga, anda perlu khatamkan ilmu buat duit dulu. Dah buat duit, belajar buat duit lagi melalui pelaburan, bila bisnes dah boleh jalan sendiri dan anda hanya perlu pantau, dan anda dah cukup simpanan untuk tampung hidup sekiranya apa-apa berlaku, barulah bagus untuk anda ada kilang sendiri.

Dan ketika itu anda dah boleh offer keluarkan produk untuk orang lain jugak. Tak guna jugak ada kilang, tapi lepas tu terpaksa tutup sebab tak dapat nak tampung perbelanjaan operasinya.

5) USAHAWAN BERJAYA TAK PERLU ADA SIKAP SOMBONG, KEDEKUT, TAMAK DAN IRI HATI.

Ini penting, tak guna ada bangunan sendiri, kilang sendiri, produk sendiri kalau hidup meninggi diri.Jangan kedekut, kejayaan kita, rezeki yang ada bukan milik kita sepenuhnya. Ianya juga hasil usaha orang lain, hasil kerjasama dan mungkin doa orang lain.

Jangan tamak dan iri hati, ianya sikap yang boleh menghitamkan hati dan memakan diri sendiri. Jadilah seperti padi, makin berisi makin tunduk.

Artikel terbaru

Leave a Reply