
Sebenarnya, apa saja aktiviti jualan melibatkan servis atau produk adalah berniaga. Tanggungjawab utama berniaga adalah memastikan produk/servis dijual.
Peniaga selalunya mendapatkan produk dengan harga rendah lalu menjual dengan harga yang lebih tinggi. Asalkan produk/servis anda bertukar tangan dan kedua pihak mendapat manfaat, anda adalah peniaga. Kedengaran berniaga sebenarnya mudah, kan?
Sesiapa pun boleh menjadi peniaga asalkan anda ada servis atau produk untuk ditawarkan pada pengguna dan seterusnya memberi anda bayaran. Namun jika anda kurang pemahaman, pastinya berniaga mempunyai risiko yang terpaksa ditanggung.
Kami gariskan panduan untuk anda supaya anda lebih memahami dan yakin untuk berniaga.
Kandungan Artikel
1. Perbezaan Antara Usahawan Dan Peniaga
Walaupun usahawan dan peniaga adalah mereka yang menceburi bidang perniagaan namun kedua-duanya adalah berbeza dari segi fokus, sumbangan dan peranan. Bagi peniaga, fokus utama mereka adalah memastikan produk/servis dijual dan ianya lebih pada keuntungan peribadi. Manakala usahawan meliputi skop yang lebih luas.
Usahawan selalunya melibatkan perniagaan dan pelaburan besar-besaran yang melibatkan beberapa organisasi. Malah usahawan selalunya melibatkan diri dengan pengeluaran produk sendiri secara progresif. Ini berbeza dengan peniaga yang hanya melibatkan diri dengan urusan jualan sahaja.
Oleh kerana skop dan peranan usahawan ini luas, mereka perlu memikirkan keuntungan lebih besar yang melibatkan organisasi yang berada di bawahnya. Pastinya cabaran mereka pula lebih besar. Ini berbeza dengan peniaga. Mereka selalunya memiliki keuntungan jangka masa pendek dan cabaran yang selalunya tidak melibatkan banyak perkara.
Namun secara keseluruhan, peniaga dan usahawan tetap terlibat dalam urusan jual beli secara langsung atau tidak. Jadi seorang usahawan juga adalah peniaga namun seorang peniaga bukanlah seorang usahawan. Berita baiknya adalah kebanyakkan usahawan yang berjaya sekarang bermula dari menjadi seorang peniaga.
2. Peranan Pihak Berniaga

Sebagai peniaga, pastinya anda mempunyai peranan sama ada untuk diri, ekonomi dan masyarakat sendiri. Walaupun peranannya lebih kecil dari usahawan namun impak dan pengaruh peniaga adalah besar. Peniagalah yang menggerakkan ekonomi setempat dan memudahkan sesuatu kehendak pengguna dipenuhi.
Malah di zaman sekarang, peniaga sudah terbahagi pada peniaga online dan peniaga konvensional di mana ianya meluaskankan lagi pengaruh peniaga pada ekonomi dan masyarakat.
Pastinya antara peranan yang paling besar adalah peranan pada perniagaan anda sendiri. Anda perlu memastikan perniagaan anda berjalan lancar dari segi kualiti, kuantiti stok dan permintaan produk itu sendiri. Jika anda gagal memastikan semua ini berjalan lancar, ianya akan mengakibatkan anda menanggung kerugian.
3. Sumbangan Peniaga

Sumbangan peniaga adalah luas dan terbahagi pada beberapa peringkat iaitu untuk diri sendiri, masyarakat dan ekonomi. Jika anda pilih berniaga, anda pasti tahu bahawa ianya akan membantu anda menjana pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga. Ini sekaligus membantu anda meningkatkan tahap pendapatan anda dan seisi rumah.
Begitu juga dari segi masyarakat. Walaupun peniaga hanya menjual produk dan servis secara kecil-kecilan tetapi banyak pihak mendapat keuntungan dari aktiviti jual beli ini. Mereka ibarat pengantara antara permintaan pengguna dan pengeluar. Jika sesuatu aktiviti perniagaan di sesuatu tempat menjadi rancak, pastinya ia menghidupkan suasana kemasyarakatan itu sendiri.
Situasi ini meningkatkan lagi permintaan lain sekaligus menaik tarafkan tahap ekonomi setempat.
4. Cabaran Berniaga

Walaupun berniaga kelihatan mudah tetapi ianya tidak terlepas dengan cabaran. Kenal pasti setiap cabaran agar anda bersedia dan mampu mengatasinya.
Pesaing
Pesaing pasti wujud dalam setiap perniagaan. Apa yang anda perlukan adalah memastikan produk anda kekal menjadi pilihan dari pesaing anda. Jika anda menyedari persaingan semakin sengit dan permintaan anda mula berkurangan, lakukan pelbagai strategi menarik pelanggan untuk mewujudkan persaingan yang sihat.
Kewangan
Kewangan selalu menjadi isu terutama dalam hal modal untuk menambah stok dan biaya tapak. Kerana itu ramai peniaga beralih pada perniagaan online atau menjadi ejen produk orang lain. Jika anda baru bermula, elakkan menggunakan modal besar untuk berniaga. Mulakan berniaga dengan modal kecil sehingga anda yakin dengan kehendak pasaran.
Pembekal
Peniaga selalunya mendapatkan produk dari usahawan yang menjadi pembekal mereka. Jika hubungan baik tidak terbina, pastinya ia menyukarkan urusan stok dan kepercayaan. Adakalanya perselisihan faham boleh terjadi antara pembekal sendiri. Kerana itu, adalah penting untuk peniaga mencari pembekal yang berkaliber dan mampu membimbingnya untuk memastikan produk terjual dengan baik.
5. Kemahiran asas untuk berniaga yang anda perlu ada

Walaupun berniaga pada umumnya adalah satu aktiviti jual beli, namun amatlah penting anda mempunyai kemahiran asas. Tanpa memperbaiki kemahiran ini, mungkin perniagaan anda tidak akan berkembang malah terdedah pada risiko kehilangan pembeli. Antara kemahiran asas yang perlu bagi peniaga adalah:
Komunikasi pelanggan
Tanpa pelanggan, sesuatu urusniaga tidak akan lengkap. Anda perlu tahu bagaimana ingin mengambil hati pelanggan. Kesilapan dari segi layanan dan cara anda berkomunikasi akan menutup peluang anda menarik mereka untuk membeli.
Copywriting
Copywriting adalah penulisan anda sama ada di pamplet atau di media sosial untuk tujuan meyakinkan dan mendapat kepercayaan sasaran anda. Peniaga perlu bijak menyampaikan maklumat penting tentang produk atau perniagaan anda. Jika penulisan anda mengelirukan, ianya pasti membuatkan orang tidak tertarik.
Online dan Digital
Sekarang, semua peniaga perlu mempunyai kemahiran online dan digital. Contohnya, bagaimana anda ingin menjual jika pelanggan anda selesa berurusan melalui Whatsapp tetapi anda tidak tahu pula menggunakan aplikasi itu? Begitu juga aplikasi lain. Jika anda sukar mengusai online kerana tiada ilmu, mulakan dengan aplikasi mudah dahulu. Asalkan anda berani mencuba, pasti anda akan merasai manfaatnya.
Kreativiti
Peniaga perlu asah kemahiran kreatif mereka. Tidak kisah dari segi susunan produk, dari segi dekorasi kedai mahupun dari segi pengiklanan. Semuanya mempengaruhi kelancaran promosi produk anda. Katakan anda menjual burger. Apa yang membuatkan produk anda lain dari peniaga lain? Pastinya anda mahu pelanggan nampak dan lebih tertarik dengan produk anda, bukan? Jadi dari sinilah pentingnya kreativiti di mana anda mungkin boleh memikirkan kelainan konsep gerai, pembungkusan, dan mungkin nama menu anda.
Pengurusan masa
Walaupun sebagai peniaga, anda berkuasa penuh pada masa anda tetapi anda tetap perlu berhati-hati agar ianya tidak mencampuri urusan dan tanggungjawab anda yang lain. Tanpa kecekapan pengurusan masa, anda mudah tertekan sekaligus mengakibatkan anda gagal memberikan yang terbaik untuk perniagaan anda.
Pengurusan duit
Pengurusan duit ini melibatkan wang yang keluar dan masuk. Anda perlu tahu merekodkan duit dan perbelanjaan yang ada serta keuntungan yang anda dapat. Tanpa pengurusan duit, anda berisiko terlebih belanja atau tersilap kira kos. Jadi, pastikan anda bijak mengambil kira semua pengurusan ini.
*** Di RichWorks, kami membimbing semua tahap peniaga dari peringkat mula hingga ke peringkat usahawan merangkumi semua kemahiran dalam perniagaan. Dapatkan ilmu dan bimbingan yang betul agar anda mampu mencapai sasaran dalam perniagaan yang anda inginkan.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Berniaga : Apa yang anda perlu tahu untuk berniaga?” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.
Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah.
2 Comments
Leave a Reply Cancel reply
Artikel Berkaitan Berniaga

7 Manfaat Menggalakkan Kerja Luar Pejabat
Mesti ramai usahawan yang tertanya-tanya, buat apa ada pejabat kalau nak bekerja di luar pejabat? Kalau semua orang nak bekerja di luar pejabat, siapa pula

Pesanan 48 Usahawan Jutawan PKS Untuk Mereka Yang Berniaga
Semalam berakhirnya program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Your 1st Million Summit selama 3 hari yang menampilkan 48 usahawan jutawan berjaya mencapai

Hedys : Bekas Pegawai Kerajaan, Jual Kuih Batang Buruk Sampai Jana RM3.9 Juta
Siapa kata jual kuih ‘raya’, tak boleh berjaya hingga capai jualan jutaan ringgit setahun? Pengasas Syarikat Hedys International Sdn. Bhd., Nor Hedayah Kaulan membuktikan sebaliknya

10 Cara Bina Strategi Dalam Perniagaan
Impian ada, cita-cita ada, tapi adakah anda ada strategi? Visi tanpa strategi hanyalah ilusi kerana dalam hidup ni, semua benda kena ada strategi. Nak buat

4 Tabiat Usahawan Perlu Ubah Dalam Perniagaan
Banyak tabiat dalam dunia ni, ada yang perlu dikekalkan dan ada juga yang perlu diubah. Tabiat yang anda bawa, adakah perlu diubah? Setiap orang tak

Inovatif Dalam Bisnes. 3 Manfaat Buat Usahawan
“Packaging yang ni lagi cantik dari yang dulu la” Ni la orang cakap inovatif. Beri kelainan pada produk yang sedia ada. Contohnya, awak tu berniaga

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial
Seronok berniaga secara online? Senang dan mudah untuk dilakukan terutama bagi mereka yang baru berniaga. Tapi tahukah anda ada beberapa kesilapan yang selalu peniaga lakukan

Landing Page Menarik? Ketahui 3 Tips Ini
Landing page? Apa tu? Kalau anda nak tahu, landing page ni adalah satu halaman website yang elegan dan dapat menarik perhatian pembaca pada pandangan pertama

Mengapa Anda Perlu Berniaga Di Usia Muda
Jutawan Muda! Wah…bestkan kalau kita dapat jadi jutawan muda-muda lagi. Alhamdulillah, untung jika anda berusia bawah 30-an dan dah mampu kumpul kekayaan sengan perniagaan sendiri.

“Terima kasih banyak-banyak”. RichWell Terus Membantu Keluarga Memerlukan
“Syukur alhamdulillah dapat bantuan (Richwell) ini, selepas suami tak bekerja sedikit sebanyak membantu kami sekeluarga. “Bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban kami sekeluarga, terima kasih
Awas! Pantang Berniaga Dalam Facebook
Kenapa dia BLOCK saya? Kenapa dia report saya? Apa yang saya dah buat! Jika anda berniaga dalam Facebook, anda mungkin pernah mengalami perkara ini. Atau,

Semua Orang Boleh Mula Berniaga Untuk Tingkat Ekonomi Diri
RichWorks lancar program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021 Semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi tingkatkan

3 Akhlak & Adab Berniaga
Dalam keghairahan menjalankan perniagaan, akhlak dan adab berniaga mesti berdasarkan kehendak agama terutama dalam mengendalikan urusan jual beli bersama pelanggan. Sebagai contoh, kunjungan umat Islam

5 Kesilapan Dalam ‘Networking’ Yang Usahawan Perlu Elakkan
Networking sangat penting dalam kehidupan seharian, sebab itu perlu elakkan dari membuat kesilapan yang menjejaskan proses tersebut. Ia bukan hanya penting untuk mereka yang sedang

7 Kelebihan Daftar ‘Trademark’ yang Usahawan Patut Tahu
Bayangkan anda berniaga tanpa ‘trademark’, tiba-tiba ada usahawan lain tiru apa yang perniagaan anda buat. Apakah tindakan anda pada waktu itu? Nak marah atau biarkan
Assalamualaikum dan selamat malam.. Saya amat berminat dalam bidang perniangaan ,semasa masih makan gaji dengan kompani saya bercita2 ingin menjalankan perniagaan jika kelak saya resign.Tetapi keadaan tidak mengizinkan saya untuk mnruskan cita2 itu selepas sy resign tu..Tetapi skrg ,saya bersemangat kembali selapas keadaan kluarga saya sudah stabil. Skrg sy tidak mmpunyai sebarang pkerjaan tetap dan ada sedikit modal untuk mula meniaga..Saya plan untuk start meniaga kecilan sahaja iaitu menjual Air Batu campur/ Ais Kacang area tmpat sy tinggal ini..Sekarang tengah beli perkakas dan kumpul bahan untuk berniaga..Tapi perasaan negatif slalu bermain d f ikiran saya..iaitu ada kah org mau beli nannti..boleh ka dapat pulangan…Tapi hati yang positif selalu cover balik .InsyaAllah.. Ada rezeki Dari Allah yg penting kita usaha ..Yg kuat kan semangat sy lagi ..dalam bulan jun lalu saya lgsung tiada wang atau duit,tapi d kat rumah ada sepokok mangga yang berbuah lebat..saya bermula dengan menjual 2 plastik mangga dan mendapat modal dalam rm20 melalui 2 plastik mangga tersebut dan saya buat jeruk mangga Asam boi..Alhamdulillah.. Smpai buah tu habis sy berniaga.. Di situ mnguatkan semangat saya untuk mnjlankan perniagaan Doakan saya
Waalaikumsalam Tuan Azmi, kami doakan Tuan dideraskan rezeki untuk beri yang terbaik pada diri, bisnes dan keluarga ❤️
Sabar, yakin dan ikhlas akan bantu Tuan capai MORE!. Kami sentiasa doakan untuk Tuan dan whole family. Moga dipermudah segalanya untuk Tuan.