Terdapat persepsi ramai orang bahawa susah untuk menguruskan team yang tiada di depan anda. Banyak perkara perlu dilakukan dan berlainan apabila bekerja dari rumah (BDR) atau work from home (WFH).
Tapi menurut Pengasas Bersama Remote Rise, John Cunningham yang kepakaran dalam membantu syarikat-syarikat beralih bekerja secara remote, menguruskan team secara remote sebenarnya sama saja seperti di pejabat. Cuma paling berbeza adalah lokasinya saja.
Menguruskan team remote tidak memerlukan satu kemahiran yang sangat berbeza, cuma perlunya pertimbangan dan perhatian kepada proses-proses berkaitan.
Berikut beberapa perkara penting yang perlu dilakukan bagi menguruskan team yang Bekerja Dari Rumah, atau Work From Home.
1/ Tetapkan masa untuk panggilan video atau Zoom
Tetapkan masa pada pukul berapa untuk perbincangan dan update tugas-tugas yang dilakukan.
Sebagai pemimpin, anda perlu jelas memberitahu secara spesifik apa target yang telah diputuskan agar semuanya selari dan bekerja pada hala tuju yang sama.
Buat satu garis panduan dan dokumenkan yang boleh jadi rujukan kepada team anda.
2/ Libatkan semua orang
Pastikan tiada yang tertinggal dalam team anda. Libatkan semua dalam perbincangan berkaitan dengan leader yang menetapkan apa hendak dicapai dan sebagainya.
3/ Selain kerja, ambil masa untuk kenali team
Ketika di pejabat, mudah untuk leader melihat keadaan ahli team. Namun cabaran ketika pandemik ini, sukar sedikit untuk ketahui keadaan mereka jika leader tak proaktif untuk bertanya kabar atau ketahui apa masalah serta tugas dibuat ketika itu.
4/ Pemantauan seimbang
Jika anda tidak memantau team yang Bekerja Dari Rumah, ia pasti tidak bagus namun jika terlampau memantau pula boleh memberi kesan negatif juga.
Percaya kepada team anda bagi menjalankan tugas-tugas yang sudah diberikan kerana mereka juga dapat melakukan sama seperti ketika di pejabat.
Cuma jangan terlalu mikropengurusan, pastikan mereka faham tanggungjawab sedia ada. Tidak perlu risau, jika ahli yang anda ambil bekerja itu berkemampuan dan betul mengikut apa yang dicari.
5/ Gunakan tools yang ada di pasaran
Terdapat banyak tools yang membantu untuk memantau tugas-tugas dan kerja bagi team yang Bekerja Dari Rumah. Ada berbayar malah percuma mengikut jumlah team dan lain-lain lagi. Selamat mencuba.