Sesetengah daripada kita mungkin ada berdepan dengan masalah ini, tentang nak simpan duit. Susah nak simpan duit disebabkan beberapada perkara sedangkan ia boleh menjadi kunci kepada ‘kebebasan kewangan’ anda.
SImpanan ini sebenarnya penting bagi kegunaan ketika kecemasan mahupun masa hadapan anda. Ramai orang bersetuju dengan kepentingan untuk simpan duit ini, namun berapa ramai yang konsisten dan berdisiplin membuat simpanan mungkin setiap bulan, minggu atau hari dan sebagainya.
Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan nak menyimpan duit ini susah antaranya pendapatan yang diterima tidak mencukupi atau cukup-cukup makan saja. Malah mungkin duit disimpan digunakan bagi menampung keperluan hingga menyebabkan simpanan berkurangan atau tiada dan berada pada setakat itu saja.
Selain itu, tidak berfikir ke hadapan juga membuatkan anda tidak melihat simpanan ini penting. Contohnya dalam situasi pandemik ketika ini, ramai terjejas hingga ada perniagaan yang tidak dapat beroperasi dan kakitangan ada hilang pekerjaan dan sebagainya. Dalam keadaan ini, adakah dengan adanya simpanan dapat bantu untuk survive buat sementara? Cuba ambil masa anda dan renung sebentar perkara ini.
Sehubungan itu, untuk lebih memahami soal kesusahan menyimpan ini, pertama sekali kita perlu faham mengapa orang menyimpan? Kebanyakan orang menyimpan disebabkan sesuatu yang tidak jelas dan secara umum. Contohnya, simpanan kecemasan bila diperlukan.
Tapi dengan sebab ini, ianya adalah secara umum dan sebenarnya kurang memberikan motivasi kepada penyimpan. Bagaimanapun apabila keadaan luar jangka berlaku yang memerlukan tindakan perhatian dan tindakan segera, ia lebih diutamakan berbanding sesuatu yang akan digunakan di masa hadapan.
Simpan duit akan jadi lebih mudah bila… :
- Tahu di mana wang anda pergi
Pastikan segala perbelanjaan anda tidak melebihi pendapatan yang diperolehi. Kata mudanya, wang yang keluar tidak boleh melebihi dari yang masuk. Jika ia berlaku, bermakna anda sudah berbelanja di luar kemampuan yang akan memberi kesan kepada simpanan sama ada tak boleh simpan atau menggunakannya.
- Simpanan sebagai satu ‘perbelanjaan’ perlu
Ya, jadikan sebahagian daripada pendapatan anda sebagai simpanan. Jadikan ia sebagai satu perbelanjaan perlu yang dilakukan mungkin setiap bulan.
Melalui langkah ini, ia dapat membentuk budaya kewangan yang sihat dengan menjadikan simpanan sebagai satu kemestian.
- Kawan kewangan masa depan anda
Belajar untuk kawal dan menguruskan kewangan anda bagi elakkan berdepan masalah nanti. Tingkatkan ilmu kewangan dan lakukan tindakan yang betul.
Cabaran nak mula simpan duit
Bermula, itulah yang paling sukar sebenarnya namun bila sudah mula lama-kelamaan ia boleh menjadi sikap. Seronok bila melihat akaun simpanan anda berkembang dan ia boleh juga berkan motivasi untuk berusaha lagi. Anda boleh berada lebih yakin dan dekat kepada matlamat kewangan yang dikehendaki.
Ingat, ia akan mengambil masa untuk membina simpanan yang baik di mana memerlukan kawalan diri tinggi untuk elak menggunakannya. Sentiasa mendidik diri dan belajar cara baru untuk menyimpan.
Setiap daripada kita mempunyai pendekatan berbeza bagi kewangan masing-masing. Justeru itu, sangat penting untuk kita lakukan apa yang terbaik bagi diri ini. Tidak kira bagaimana anda menyimpan, rasanya kita semua setuju ia perlu menjadi keutamaan khususnya ketika tempoh mencabar masa ini.