Tips Penggunaan Webinar

Tips Penggunaan Webinar

Siapa suka menonton Webinar Dr Azizan? Tahu tak, webinar adalah salah satu cara untuk anda ‘connect’ dengan pelanggan dan prospek. Anda harus mencubanya.

Webinar adalah teknologi seminar online yang dilakukan tanpa bersemuka secara fizikal bagi memudahkan berlakunya proses pemindahan maklumat ke dalam urusan pembelajaran mahupun perniagaan manusia.

Di dalam perniagaan ia merupakan satu kelebihan yang perlu diambil oleh para peniaga kerana ia dapat menjimatkan kos, penggunaan masa dan jarak geografi yang menjadi penghalang kepada perkembangan perniagaan kita.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil ketika mengendalikan webinar.

8 langkah-langkah perlu anda ambil ketika Webinar :

• Highlight topik yang ingin anda persembahkan. Dengan cara ini ia memudahkan penonton ‘menangkap’ mesej yang cuba disampaikan oleh anda.

• Elakkan penggunaan slide yang hanya ingin ditonjolkan dalam tempoh beberapa saat sahaja.

 Gunakan foto anda sebagai pengenalan webinar bagi memudahkan penonton tahu siapakah yang mengendalikan webinar tersebut.

 Pastikan anda menggunakan headphone bagi menjaga mutu pendengaran anda dan penonton ketika berlangsungnya webinar.

• Sila pastikan persekitaran anda bebas daripada gangguan bunyi seperti deringan telefon bimbit, bunyi kenderaan mahupun hilai tawa anak anda. Ia pasti menjejaskan kualiti pendengaran penonton yang menonton webinar anda.

 Anda perlu merancang masa anda supaya sesi webinar ini tidak menjejaskan masa peribadi anda. Tetapkan masa anda bagi menunjukkan hasil kerja anda mempunyai ciri-ciri yang profesional.

• Sebelum sesi webinar ini berlangsung, lakukan sedikit latihan bagi melancarkan lagi urusan persembahan anda.

Paling penting, promosikan sesi webinar anda supaya ramai orang yang menonton dan anda tak bercakap seorang diri!

Artikel terbaru

Leave a Reply