9 Strategi Penggunaan YouTube Bagi Perniagaan

9 Strategi Penggunaan YouTube Bagi Perniagaan

Dari mata jatuh ke hati. Dah jadi trend ramai yang buat video di YouTube sekarang ini sebagai satu usaha untuk memasarkan perniagaan. Kalau dulu, kebanyakan video di YouTube hanya dengan motif tutorial, seperti tutorial memakai shawl, tutorial solekan, tutorial resipi tetapi sekarang ramai peniaga termasuk syarikat besar menggunakan YouTube sebagai alat untuk memaparkan Video Korporat atau Video Periklanan Bersiri.

Ada juga peniaga yang mengupah individu tertentu untuk berlakon dengan produk perniagaan mereka seterusnya viralkan video tersebut.

Gunakan pengaruh video di YouTube untuk mendidik, memberi info sekaligus menghasilkan pendapatan untuk perniagaan anda.

Berikut, saya kongsikan 9 strategi penggunaan video YouTube bagi perniagaan anda.

1. SIAPA CALON PELANGGAN ANDA?

Sebelum merakam video, anda perlu mengenalpasti siapakah sasaran bagi penjualan produk anda. Dengan mengenalpasti potensi ini, anda akan menentukan strategi dengan lebih jelas apabila anda ingin membuat rakaman video.

Ia akan membantu anda dari aspek pemilihan konsep video, penggunaan props, kandungan skrip yang bersesuaian dan elemen latar bunyi tambahan yang menarik. Untuk memudahkan kerja anda, gunakan satu konsep bagi satu kelompok sasaran anda.

Bagi video untuk tontonan segenap lapisan masyarakat, jangan peningkan kepala anda dengan konsep video yang ingin dibuat. Gunakan pendekatan konsep yang ringkas supaya mesej di dalam video promosi anda lebih difahami. Anda di sarankan untuk menonton video dari sumber media yang lain bagi dijadikan rujukan untuk menghasilkan idea dan konsep. Mudah bukan?

2. JUDUL VIDEO

Langkah seterusnya adalah menggunakan judul video yang GEMPAK. Terdapat jutaan video pemasaran yang ada di YouTube dan bayangkan berapa banyak video yang mempunyai judul yang sama. Fikirkan perkataan yang kreatif dan mampu menyentuh emosi dan menenggelamkan perasaan penonton untuk mengetahui lebih lanjut tentang kandungan apabila membaca judul video anda.

Judul anda pasti hebat sekiranya penonton membuat perkongsian video melalui laman media sosial yang lain. Ianya adalah bonus yang besar bagi video pemasaran anda.

3. JENIS VIDEO

Untuk pemasaran ini, terdapat beberapa jenis video di dalam YouTube yang perlu anda pelajari. Dengan cara ini ia akan memberikan kesan terhadap proses jualan di dalam perniagaan anda.

Anda perlu menganalisis dahulu sebelum membuat keputusan terhadap jenis video yang ingin anda lakukan. Antara jenis video yang perlu anda fahami:

Deskripsi – Video yang menceritakan mengenai profil perniagaan, perkhidmatan dan produk yang ditawarkan bagi mendapatkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan terhadap jenama perniagaan anda.

Animasi – Video berkonsepkan animasi ini lebih bertujuan untuk membantu pelanggan dengan memberikan pengetahuan, menjawab permasalahan pelanggan dan informasi penting mengenai produk anda secara interaktif.

Tutorial – Video yang membantu penonton dengan perkongsian teknik dan langkah penggunaan produk anda.

Product Knowledge – Video perkongsian mengenai manfaat dan faedah dari penggunaan produk perniagaan anda.

Testimoni – Video yang menampilkan maklumbalas dan respon pengguna lain tentang kepuasaan sesuatu produk perniagaan anda.

4. TUJUAN VIDEO

Seteleh memilih jenis video, anda perlu pastikan mesej yang ingin di sampaikan terkandung di dalam video anda. Contohnya, ketika anda membuat video animasi bagi menjawab soalan pelanggan, anda perlu bersedia dengan membuat sedikit rujukan melalui pembacaan luar dan menjawab soalan yang ditanya dengan jelas.

Perkara ini akan membuatkan penonton rasa lebih dihargai kerana anda sebagai peniaga yang bertanggungjawab dapat merasakan masalah yang dihadapi oleh mereka.

5. PANJANG DURASI VIDEO

Ini fakta menarik untuk anda. Manusia tidak boleh memberi tumpuan 100% di dalam sesebuah pengkongsian ilmu dalam tempoh tidak melebihi 3 minit. Bermula dari saat itu, fokus manusia akan lesu dan mula mencari sesuatu yang baru untuk mengembalikan tenaga dalam proses penumpuan mereka.

Jadi rancang penggunaan masa untuk video anda. Bahagikan garis masa video kepada beberapa bahagian seperti intro, konflik dan klimaks serta selitkan elemen kejutan bagi memberi impak yang besar kepada penonton. Sebaik-baik video bagi tujuan pemasaran adalah tidak melebihi 3-4 minit.

6. CALL TO ACTION

Video yang hebat akan meninggalkan kesan langsung dengan impak tindakan yang dilakukan oleh penonton. Pada babak pengakhiran video anda, tamatkan dengan paparan visual yang meragut emosi atau dengan menggunakan dialog yang membuatkan penonton berfikir dengan mesej video anda.

Kesan ini akan membuatkan video promosi anda menjadi viral dan secara tidak langsung penjualan anda meningkat kerana jenama anda sudah mula dikenali.

7. KUALITI VIDEO

Anda tidak mampu mengupah jurukamera professional?
Tidak mengapa, anda masih boleh menggunakan kamera sendiri. Anda boleh mempelajari teknik penggambaran yang baru di dalam YouTube. Sebagai langkah awal, pilih lokasi yang tidak terlalu sibuk dan bising.

Sila pastikan simpanan bateri kamera dan memory card anda mencukupi kerana ia boleh mengganggu perjalanan rakaman dan menjejaskan kualiti visual ketika rakaman dilakukan. Tidak menjadi kesalahan dengan membuat video promosi dengan hanya menggunakan slide show seperti Microsoft PowerPoint selagi idea dan konsep yang digunakan bersesuaian.

8. UPLOAD, SHARE DAN VIRAL

Muat naik video yang telah siap dirakam ke laman sosial peribadi anda. Aktifkan perkongsian anda melalui laman media sosial yang lain seperti Tumblr, Twitter, Pinterest, Path, Instagram, WA, Line, Myspace bagi mengukuhkan jenama produk perniagaan anda. Cara ini memberi kesan yang sangat luarbiasa setelah anda melakukannya.

9. S.E.O

Cara yang paling baik agar video promosi anda mudah dicari adalah dengan melakukan optimisasi atau Search Engine Optimisation. Proses SEO memakan masa yang agak lama bergantung kepada persaingan penggunaan kata kunci yang turut digunakan oleh pihak lain.

Namun penantiannya mendatangkan hasil yang berbaloi apabila video promosi anda berada dikedudukan pertama pada ruangan pencarian video sekaligus mempromosikan peniagaan anda dengan mudah.

Di tambah pula dengan pemilik status video yang sedang viral laman sosial, video anda akan mendominasi pencarian utama dalam tempoh yang panjang.

Artikel terbaru

4 Comments

Leave a Reply