Tips Membina Rangkaian Bisnes Anda

Tips Membina Rangkaian Bisnes Anda

Sebagai peniaga yang baru bertatih atau sudah lama berniaga, anda mesti tahu kepentingan rangkaian bisnes.

Rangkaian bisnes (business networking) sangat berguna dalam melebarkan pengaruh perniagaan, meningkatkan ilmu perniagaan, boleh belajar dari kejayaan usahawan lain dan menambah pelanggan baru.

Rangkaian perniagaan juga boleh terdiri daripada pesaing anda. Jika anda pandai mengambil peluang dan bekerjasama dengan mereka, InsyaAllah anda akan dapat bina satu peluang perniagaan yang kuat.

Rangkaian perniagaan juga boleh digunakan untuk membina perniagaan yang stabil. 

5 faedah mempunyai rangkaian dalam perniagaan:

1. Kongsi ilmu – rakan yang terbaik untuk berkongsi idea dan maklumat perniagaan serta anda boleh minta pandangan mereka ketika berbual atau berbincang hal perniagaan.

2. Mencari peluang – biasanya bila anda ada rangkaian, anda sedang mencari peluang untuk memajukan dan mengembangkan bisnes anda ke pasaran yang lebih luas.

3. Membina hubungan – anda bukan sahaja membina rangkaian, malah mencipta hubungan dengan peniaga yang lain.

4. Meningkatkan keyakinan – anda sedang mencabar diri anda untuk bercakap dengan orang yang tak dikenali dan berborak mengenai bisnes masing-masing.

5. Meningkatkan profil – dikenali dan diberi perhatian adalah satu bonus dalam perniagaan. Dengan kekerapan menghadiri ‘social event’, anda akan mula dikenali dan ia akan memberi pengaruh pada diri dan perniagaan anda.

Artikel terbaru

Leave a Reply