Persoalan penting yang perlu setiap usahawan jawab, adakah anda tahu betapa gembira pelanggan terhadap produk atau servis ditawarkan?
Jika jawapan anda adalah ‘tidak’ ataupun ‘tak pasti’ bermakna anda cari jawapan dan mengetahui soal kepuasan pelanggan ini.
Hal ini kerana bila anda memahami kepuasan pelanggan yang mana ia akan menunjukkan adakah bisnes anda berada pada landasan yang betul dan kelemahan yang ada untuk memenuhi jangkaan orang ramai.
Sekiranya tahap kepuasan pelanggan yang anda ada rendah, sesuatu perlu dilakukan supaya ketahui mengapa ia terjadi dan mencari penyelesaiannya.
Bagaimanapun, jika kepuasan para pelanggan anda berada dalam keadaan baik yang menunjukkan bahawa mereka mengalami pengalaman yang menyeronokkan sepanjang berurusan dalam bisnes anda.
Melalui kepuasan pelanggan yang tinggi, kebarangkalian untuk menjual kembali kepada pelanggan sedia ada yang ada adalah sekitar 60 – 70 peratus.
Berbanding keberangkalian untuk convert pelanggan baru iaitu hanya sekitar 5 – 20 peratus.
Malah 69 peratus pelanggan yang puas hati akan mencadangkan bisnes anda pada orang lain dan 50 peratus menggunakan produk atau servis bisnes itu dengan lebih kerap.
5 kepentingan kepuasan pelanggan buat anda :
1. Orang lebih nampak
Kepuasan para pelanggan dapat membuatkan anda lebih nampak berbanding pesaing lain. Ia juga dapat menjadi unique selling proposition (USP) yang membezakan bisnes anda dan orang lain.
2. Bantu membuat keputusan lebih baik
Survei kepuasan para pelanggan yang dibuat membantu anda melihat jenis atau ciri produk atau servis yang mendapat tempat di hati pelanggan.
Dapatan survei itu boleh membuatkan lebih faham tentang produk atau servis anda sendiri.
3. Elakkan pelanggan anda lari
Menurut kajian dibuat thinkJar bahawa 67 peratus orang yang mengalami pengalaman buruk dalam sesebuah bisnes menyebabkan mereka ‘lari’.
4. Menjadi bualan orang
Bila bisnes anda mempunyai kepuasan pelanggan yang tinggi, maka secara tak langsung mereka akan mencadangkan kepada orang lain.
Mengikut Accenture, 55 peratus pelanggan akan menunjukkan kesetiaan dengan mencadangkan bisnes itu kepada orang lain.
5. Melindungi imej online
Respons secara terbuka di media sosial sama ada maklum balas positif atau negatif. Hal ini akan membuatkan orang lain melihat bahawa anda benar-benar ambil berat tentang kepuasan pelanggan.
Sehubungan itu, anda sendiri boleh melihat betapa pentingnya kepuasan pelanggan dalam sesebuah bisnes.
Sebagai usahawan, anda perlu faham dan menggunakan maklumat yang ada bagi menambah baik lagi bisnes.